Nabil Mahir kena marah dengan Ayda Jebat sampai menangis gara gara nak bawa balik patung kat watsons. Tak sangka ini respon mengejut dari warganet.

Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada binti Jebath lahir pada 17 Mac 1992 di Merlimau, Melaka, Malaysia. Merupakan Penyanyi, pelakon dan model komersial. Berketinggian 1.57 meter. Merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Adik perempuannya, Nur Shafinaz Jebat atau Fina Jebat juga merupakan penyanyi. Bakat Ayda dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan. Bagaimanapun hanya bertahan hingga konsert minggu ketiga bertemakan ‘Operasi Gugur’.

Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011. Memulakan karier sebagai penyanyi menerusi single ‘Beri Aku Waktu’ (bersama Afif). Beliau tampil pertama kali dalam bidang lakonan menerusi telefilem Cer Citer Cinta yang antara lain dibintangi Rozita Che Wan dan Shahir (Akademi Fantasia 8). Diikuti antaranya, Calon Menantu, Cinta Hati Suri, Haji Tak Mabrur, Girlfriend Aku Dari Nerka,  Sesejuk Coconut Shake, 3 Gadis Manis, Di Penghujung Sujud dan Retak.

Namanya sebagai pelakon mula meledak menerusi drama Rindu Awak 200%, membawa watak sebagai Armell Aisya, berlakon di sisi aktor Zul Ariffin. Antara drama lain dilakonkannya seperti Peah Gosip, Tiara, Sahara, Epilog Cinta Khirana, Mira Sofea, Anugerah Terindah, Suami Sebelah Rumah, Isteri Separuh Masa, M. A. I. D, Menongkah Kasih, Awak Sangat Nakal, Ku Kirim Cinta, Dekatkan Jarak Kita dan Cinta Bukan Kristal.

Turut mencipta nama di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Pernah membintangi telefilem Indonesia untuk siaran RTV berjudul From Hater to Lover dan muncul dalam video muzik lagu Biar Saja oleh kumpulan De Meises.

Malah, menerusi sebuah portal hiburan, Nabil turut berkongsi mereka berdua mempunyai keserasian dan sedang membina hubungan untuk masuk ke fasa seterusnya. Wow, serius nampaknya ni! Lumrah menjadi selebriti, pergerakan mereka sentiasa menjadi tumpuan lagi-lagi selepas bergelar pasangan kekasih.

Lantaran itu, satu video yang telah dimuatnaik oleh Ayda Jebat, mereka telah menjadi perhatian buat para warganet sejak dari semalam.

Kena marah sampai nangis sebab tak bagi bawak balik patung kat Watsons. Teruk bethoool dia ni! Haha! Sorry Wuvv.. Don’t keraiii. You don’t need that, you need me! Real me. Kan? @nabilmahir Tag lelaki yang kuat nangis macamni! Taktau nak gelak ke nak kesian. Sedih macam mintak ampun di pagi raya! Cengeng. 

Komen Warganet:

Sumber:Instagram Ayda Jebat via Note Untuk Awak

Be the first to comment on "Nabil Mahir kena marah dengan Ayda Jebat sampai menangis gara gara nak bawa balik patung kat watsons. Tak sangka ini respon mengejut dari warganet."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*