Setelah sekian lama mendiamkan diri akhirnya Diana Rafar tampil bongkarkan sikap Elizad yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya ini sikap sebenar dia..

Nama penuhnya, Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin. Popular sebagai Siti Elizad dan Elizad Sharifuddin. Lahir pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia. Merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik yang juga merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Merupakan pelakon, pengacara, penyanyi, model dan penyampai radio yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1994. Memulakan kerjaya seni sebagai pelakon kanak-kanak di usia 10 tahun.

Sewaktu itu wajahnya menghiasi TV Pendidikan, stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau seangkatan dengan Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay yang popular sekitar 90-an.

Pernah berhenti berlakon buat sementara waktu kerana ingin komited menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Popularitinya kembali meledak selepas kemunculan semula menerusi filem Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi yang turut menampilkan bintang filem terkemuka, Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat.

Pembabitannya di layar kaca, antaranya menerusi drama Adnan Sempit the Series, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Dia Isteri Luar Biasa, Papa Ricky dan Puteri Yang Ditukar. Termasuk telefilem Bersalji Di Kuala Lumpur, Puisi Sedih Al-Kitab, Rask, Kampung Kuala Lambat dan banyak lagi.

Dalam kerjaya nyanyian, beliau pernah melibatkan diri dalam pertandingan Asia Bagus 1998 di Singapura sewaktu berusia 14 tahun. Malah dia turut menjejakkan ke uji bakat program realiti, One In A Million musim ketiga pada 2008.

Bakatnya dalam bidang muzik akhirnya diiktiraf apabila dinobatkan sebagai juara rancangan realiti TV, Gempak Superstar siaran Astro Ria pada 2016. Mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Pelakon Diana Rafar ada memuat naik satu foto pada entri terkininya di Instagramnya bersama rakan artis, Elizad Sharifuddin. Tulisnya pada ruangan kapsyen, dia berpeluang untuk bertemu dengan Elizad setelah diundang menerusi program Mingguan Wanita yang membincangkan isu Rahsia Murah Rezeki, tengahari tadi

Dalam kesempatan bertemu, adik kepada Linda Rafar ini juga sempat mendedahkan sikap Elizad yang disenanginya sejak dulu hingga kini. “Tadi sharing topic murahnya rezeki di @mingguanwanita, mashaallah best topic ni tp rezeki saya hari ni bertemu dgn adik saya ni yg dari dulu sentiasa sama je walaupun Allah tambahkan rezeki melimpah ruah pada dia rezeki kejayaan dan mcm2.

“Dia tak penah sombong, tak penah buat2 busy, tak penah konon nya tak nampak org sb rabun. mashaallah moga kita semua tak kan lupa siapa kita bila Allah bagi rezeki yg melimpah ruah amin ya Allah ! Luv u @elizadsharifuddin,” tulisnya

Menerusi kemas kini tersebut, Elizad juga dilihat turut memberikan reaksi. Kongsi Elizad, Diana juga seorang artis yang cukup merendah diri dan murah senyuman. “Laaa kakakkk kuwhhh ini . U foreberrr merendah diri & senyummmmmm jeee ! Loveee sgt2 ! Doakan ejd jgk tatakkkk kuwhhhh,” balasnya.

Terdahulu, Diana turut memuat naik poster sempena topik yang dibincangkan menerusi program berkenaan yang turut mengundang Ustazah Fatimah Syarha. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Rose Merah

 

Be the first to comment on "Setelah sekian lama mendiamkan diri akhirnya Diana Rafar tampil bongkarkan sikap Elizad yang ramai tak tahu. Tak sangka rupanya ini sikap sebenar dia.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*