Bangga adik Ainul Mardhiah dah jadi model kanak kanak. Tak sangka ini respon mengejut dari Dr Amalina.

Rakyat Malaysia sudah semestinya tahu mengenai kisah yang perlu ditanggung oleh adik Ainul Mardhiah ini. Terdahulu, adik Ainul telah menghidap ketumbuh4n Pada usianya 9 bulan, Ainul telah mendapat perhatian daripada ramai pihak disebabkan itu telah membesar dan seberat 200 gram berada dalam mulutnya.

Sakit yang ditanggung oleh Ainul Mardhiah ini kemudiannya telah mendapat perhatian daripada Dr Nur Amalina Che Bakri  serta pasukan pakar perubatan di London, telah merawat dan melakukan operasi terhadap adik Ainul ini.

Setelah benda itu berjaya dikeluarkan, perkembangan dan juga pembesaran adik Ainul ini dilihat sungguh memberangsangkan. Setiap kali gambar Ainul dikongsikan oleh ibu bapanya , pastinya ramai yang sangat kagum dengan perkembangan yang telah ditunjukkan.

Baru-baru ini, adik Ainul dikatakan telah menjalani penggambaraan bersama satu majalah untuk kanak-kanak. Lebih menarik sekali, berita ini turut dikongsikan oleh Dr. Amalina melalui laman Twitter miliknya. Perkara ini juga turut dikongsikan oleh ibu bapa kepada adik Ainul ini melalui laman Instagram milik mereka. Segala kisah adik Ainul Mardiah dikatakan bakal menemui pembaca di edisi istimewa dalam bulan April depan.

Disebabkan perkongsian dan kata-kata Dr.Amalina tersebut, warganet dilihat tinggalkan kata-kata terima kasih kerana bantuannya sebelum ini buat adik Ainul ini. Jutaan terima kasih buat Dr. Amalina dan pasukannya kerana sanggup membantu serta berusaha untuk memberi satu sinar baru dalam hidup adik Ainul ini serta keluarganya.

Be the first to comment on "Bangga adik Ainul Mardhiah dah jadi model kanak kanak. Tak sangka ini respon mengejut dari Dr Amalina."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*