Sweet sedih gara gara nama sering dipersoal oleh warganet. Akhirnya Sweet tampil bongkarkan sesuatu tentang namanya yang ramai tak tahu.

Nama penuhnya, Farhanna Qismina binti Supandi atau dikenali denganSweet Qismina. Lahir pada 24 Oktober 1997 di Muar, Johor. Berketinggian 1.55 meter. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. Anak kepada pasangan Supandi Mohammad (bapa) dan Misnah Atan (ibu).

Berkelulusan Diploma Asas Seni dan kini menuntut dalam bidang Komunikasi Massa di sebuah pusat pengajian swasta. Merupakan pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007. Mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen Hikayat Putera Shazlan, membawa watak sebagai Fasha.

Antara drama dibintanginya seperti Elly & Epit, Waktu Rehat, Cinta Hati Abah, Sayang Papa Saya Tak, Misteri Wan Peah, Isteri Untuk Diiktiraf, Cinta Tiada Ganti dan Adam Chempaka. Juga telefilem Qana’ah, Jalan Belakang Rumah, Suatukala, Cucuk Sanggul Seroja, DM Hati Awak, Wakaf Dosa, Samad Tedung dan banyak lagi.

Pembabitannya di pentas teater menerusi pementasan Ali Baba dan 40, Putra, Tun Sambathan, Laila Majnun dan Tun Tan Cheng Lock. Pemegang trofi Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

Kelab peminatnya, Sweetqisminizers menjadi tulang belakang yang menyokong kuat kerjaya seninya. Kemunculannya dalam video muzik single Hari Ini dendangan Hael Husaini mendapat pehatian, sekaligus ‘trending’ sewaktu pelancaran di laman YouTube. Kini hangat menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baru, Adam Lee.

Pelakon Sweet Qismina akui terasa hati dengan sesetengah pihak yang sering mempersoalkan tentang namanya. Menurut Sweet, nama tersebut merupakan pilihan daripada bapanya yang sewaktu berada di Makkah. Sweet menjelaskan asal-usul pemilihan namanya itu menerusi coretan yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

“Orang selalu tanya dan persoalkan nama Sweet Qismina. Kadang-kadang sedikit terasa instead of Qismina depa panggil Qistina. “Saya tahu nama saya sangat rare tapi adakah kamu tahu nama saya Qismina datangnya dari Tanah Mina?

“baba yang letak nama tu. Mama nak nama Qisrina tapi sebab masa baba berada di Tanah Mina mungkin disebabkan dia terlalu menyukainya tu dia letak nama saya Qis’MINA’. Mama tak mahu sebab takut orang ejek panggil Mina or Minachi or Minah.

“baba masih nak letak sebab dia kata Mina tu tanah haram, tanah suci. Dulu terfikir juga kenapa sebab susah orang nak ingat nama saya (sampai sekarang tersasul). “Tapi sekarang saya tak kisah. Saya akan betulkan nama dan lagi bangga adalah nak sebut nama Qismina tu.

“Lebih-lebih lagi bila kita sendiri dengar perjalanan orang melakukan haji dan lihat tempat itu sendiri. “Allahu, saya tak akan ubah nama saya. Terima kasih baba (P.S nasib keluar adik sorang lagi dapat lah mama letak nama Qisrina tu),” tulisnya.

Terdahulu, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi baru sahaja ke tanah suci Makkah bersama keluarganya untuk melakukan ibadah Umrah penghujung Januari lalu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Sweet sedih gara gara nama sering dipersoal oleh warganet. Akhirnya Sweet tampil bongkarkan sesuatu tentang namanya yang ramai tak tahu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*