Puas hati dapat tengok ank membesar depan mata. Tak sangka rupanya ini sebab Anzalna tak ambil pembantu rumah.

Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Bte Md Nasir. Lahir pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia. Merupakan Pelakon dan model. Anak kedua daripada lima adik-beradik. Kesemuanya perempuan. Dua lagi adiknya juga pelakon iaitu Mia Nasir dan Afifah Nasir.

kacukan Melayu, Cina ,Punjabi dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina, manakala ibunya pula Punjabi. Mendapat pendidikan di beberapa sekolah, dalam dan luar negara kerana keluarganya sering berpindah-randah ketika beliau membesar iaitu di Coronation Elementary School, Sinclair Laird Elementary School, Bancroft Elementary School, SMK Munshi Abdullah, SMK Khir Johari, Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania.

Bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 yang ketika itu turut disertai Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010. Beberapa filem dibintanginya ialah Sepah The Movie, Kahwin 5 dan Tyickoouns.

Pembabitannya dalam drama antaranya menerusi Suria di Cordoba, Gemersik Kalbu, Love You Mr. Arrogant, Buletin Cinta, Aku Isterinya, Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Mamu Mami Gosip. Termasuk telefilem Ajaibnya Cinta, Cik Paris Diva Kampung, Salahkah Aku, Destinasi Cinta Sara, Cinta dari Syurga, Jauh dan Vlog Laura.

Pernah menjadi duta, model dan jurucakap produk-produk terkemuka seperti Celcom, Franch Oil, Ecpi, Safi Balqis, Qu Puteh dan Trenz (Indonesia TV). Mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki yang juga seorang ahli perniagaan pada 2016.

Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa terharu apabila dapat membesarkan anak sulungnya, Mohamed Eidrees dengan jagaannya sendiri. Tidak mengharapkan mana-mana pembantu rumah, finalis Dewi Remaja 2009/10 itu berpuas hati dapat menjaga dan melihat telatah Eidrees membesar dengan baik dan sihat.

“Impian setiap ibu untuk menjaga anak sendiri. Jika kita ada rezeki dan peluang untuk menjaga sendiri anak kita, gunakanlah. “Biarlah tangan sendiri yang mengasuh dan mencorakkan mereka. Tengok puas-puas muka anak, keletah dan karenah anak. Sekejap je mereka membesar. Jap, I nak menangis kat tepi zirafah tu,” tulisnya.

Terdahulu, Anzalna,31, berpuas hati kerana dapat menjaga anaknya yang kini berusia lapan bulan tanpa mengharapkan mana-mana pembantu. Untuk rekod, Anzalna dan Hanif Zaki berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Be the first to comment on "Puas hati dapat tengok ank membesar depan mata. Tak sangka rupanya ini sebab Anzalna tak ambil pembantu rumah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*