Teruja akhirnya angan angan jadi kenyataan. Bella Khan berjaya beli kereta idaman dengan duit sendiri. Tak sangka rupanya ini yang dia buat.

Semua orang mempunyai kereta idaman yang kita selalu bayangkan akan menjadi milik kita sutu hari nanti. Namun tidak semua bertuah dapat membeli kereta seperti membeli keropok di kedai. Ada juga yang perlu menyimpan wang bertahun-tahun dan menyekat keinginan lain.

Walaupun begitu, dapat membeli kereta dengan hasil usaha sendiri tidak dapat dinafikan satu perasaan yang memuaskan. Personaliti media sosial popular, Bella Khan baru-baru ini juga telah berkongsikan bagaimana dia akhirnya berjaya membeli kereta idaman dengan duitnya sendiri.

Dalam satu posting di Twitter, Bella mengucakap syukur setelah Mercedes GLA 250 4 m4tic yang telah lama diangan-angankan menjadi miliknya. Another achievement unlocked ! hasil usaha sendiri jatuh bangun, Alhamdulillah syukur ya Allah ! Dulu bella selalu berangan, nmpk je kereta ni atas jalan mesti bella excited, tengok je kereta tu sampai hilang dari pandangan sambil fikir “mampu ke aku dapat kan apa aku nak” 

 

Youtuber itu turut berkongsikan bagaimana dia sering terkenangkan nasibnya, adakah dia mampu berusaha untuk memiliki keinginannya itu setiap kali melihat kereta berkenaan di atas jalan. Kawan baik Norreen itu juga mengakui dinilai kerana hanya menggunakan Perodua Viva sebelum ini, membuatkan dia rasa malu. Namun dia mengakui kereta lama yang bakal diberikan kepada ibunya itu tetap akan menjadi kereta kesayangannya.

Bella Khan sempat memberikan tips bagi mereka yang ingin mengumpul duit sendiri untuk membeli kereta. Antaranya adalah untuk menyekat keinginan untuk bershopping dan pastikan baki duit masih ada 70-80% selepas membeli barang idaman.

Menurut Bella lagi, duit yang digunakan untuk membeli kereta tersebut bukanlah dari kegiatan cashzine atau youtubenya tetapi dari perniagaan yang telah diusahakan selama 3 tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Bella khan / @KLPRESS

Be the first to comment on "Teruja akhirnya angan angan jadi kenyataan. Bella Khan berjaya beli kereta idaman dengan duit sendiri. Tak sangka rupanya ini yang dia buat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*