Rupanya ini rutin Man raja lawak setiap pagi. Tak sangka ini respon warganet lepas Man muat naik video solek isteri.

Abd Rahman bin Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak merupakan seorang pelawak di Malaysia. Beliau berasal dari Kuala Lumpur. Beliau telah menjuarai Raja Lawak Astro musim kelima. Pelawak, Abd Rahman Kassim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak, berjaya menjadi tumpuan warganet apabila dia berkongsi sebuah video rutin hariannya menyolek wajah isteri tercinta sebelum si isteri pergi bekerja.

Di Instagram, Man memberitahu bahawa dia akan melakukan rutin itu setiap pagi. Tambahnya, dia pernah belajar teknik solekan daripada seorang jurusolek terkenal. Terbaik! Menurut Man, hanya 10 minit sahaja masa yang akan diambil olehnya untuk menyolek isteri setiap pagi.

Semasa menyolek, mereka juga akan berbicara mengenai isu kehidupan agar hubungan kasih sayang di antara mereka semakin erat. Man turut memberitahu tidak ada salahnya untuk dia menyolek wajah isteri sendiri dan bukannya untuk wanita lain. Tambahnya, dia sangat sayang akan isterinya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Man. Menurut warganet, bukan semua suami mampu melakukan solekan yang baik apatah lagi buat isteri tercinta. Usaha yang dilakukan Man itu patut dipuji dan dicontohi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Rupanya ini rutin Man raja lawak setiap pagi. Tak sangka ini respon warganet lepas Man muat naik video solek isteri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*