Teruja dapat jumpa dengan Erra dan Awie. Norman bongkarkan sesuatu tentang dirinya yang ramai tak tahu.

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim (lahir 8 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (sejak 2003).

Pelakon dan hos, Norman Hakim berasa gembira dapat bertemu Datuk Awie dan Erra Fazira di studio rakaman Mingguan Wanita baru-baru ini. Menurut Norman, dia pernah mengejar dua artis popular itu untuk bergambar dan mengambil autograf suatu ketika dahulu.

“Dulu pernah berkejar nak bergambar dan minta autograf hero dan heroin Sembilu ini. Alhamdulillah hari ini dapat bergambar sebelah dan bekerjasama sekali. “Pernah Allah beri peluang jadi hero kepada heroin filem Sembilu ini dalam filem Pasrah.

“Cepat betul masa berlalu, betul, Allah tak akan ubah nasib seseorang kalau kita tak berusaha untuk mengubahnya. Peringatan pada diri sendiri supaya sentiasa sedar asal usul dan dari mana kita pernah bermula,” tulis Norman di laman Instagram.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Norman di ruangan komen. Rata-rata mereka gembira melihat pertemuan tiga bintang itu dan berharap agar mereka muncul berlakon bersama. Siaran langsung Mingguan Wanita berdurasi 60 minit dan bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi di Astro Prima (105) dan Prima HD (121)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Teruja dapat jumpa dengan Erra dan Awie. Norman bongkarkan sesuatu tentang dirinya yang ramai tak tahu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*