Fasha disamakan dengan pipit. Ini respon padu dari fasha buat warganet terkedu.

PERKONGSIAN aktiviti pelakon Fasha Sandha bersama suami, Aidil Aziz dan anak-anak di Instagram sentiasa menjadi perhatian warganet. Meskipun ramai warganet yang suka melihat kebahagian mereka namun ada juga individu yang tinggalkan komen negatif menyindir pasangan itu.

Individu yang menggunakan akaun bernama Datin Aliah Mohd Nor itu mengatakan pasangan itu secocok dan disamakan dengan pipit yang bermaksud orang yang tidak mempunyai pangkat atau darjat.

Bagaimanapun Fasha, 36, membalas dengan cara baik dan meminta individu tersebut tidak membandingkan taraf seseorang itu. “Tak perlu nak cakap pipit ke enggang ke datin. Kita manusia sama sahaja… sebab nanti datin masuk dalam tanah pun tak bawa title datin tu.

“Hanya amalan datin saja yang datin bawa. Terima kasih atas komen yang bijak di pagi hari yang indah. “Semoga datin sihat selalu dan dilindungiNya. Semoga datuk selalu sayangkan datin dan tak hadiahkan madu untuk datin,” kata Fasha.

Rata-rata warganet turut meluahkan rasa kurang senang dengan komen individu tersebut yang dianggap biadab. Dalam pada itu, suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz turut membalas komen dengan menyindir individu tersebut.

“Alang-alang nak fake, letak sekali Hajah, Doktor, Datin Aliah,” tulis Aidil. Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac tahun lalu dan aktres itu dipercayai kini sedang hamil anak pertama mereka. Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Fasha disamakan dengan pipit. Ini respon padu dari fasha buat warganet terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*