Warganet terkejut dengan tumit tinggi digayakan oleh Rozita Che Wan ketika berada di kawasan salji. Ini Komen Sharifah Shahirah.

Pelakon dan penerbit Rozita Che Wan kini sedang bercuti bersama keluarganya di Almaty, Kazakhstan. Percutian buat Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta ini mungkin biasa, namun kali ini ada yang mencuri perhatian warganet. Yang menjadi perhatian warganet ialah, kasut tumit tinggi digayakan Che Ta untuk mengharungi salji.

Di ruangan komen, warganet tertanya-tanya bagaimana Che Ta boleh memakai kasut tumit tinggi di kawasan bersalji. Turut menarik perhatian ialah, komen daripada pelakon, pelawak dan penyampai radio Shahrifah Shahirah yang turut berseloroh tentang perkara tersebut. “Buat hal, kasut heels!  First lady in the world, Malaysia dah pecah rekod,” tulisnya.

Che Ta kemudiannya membalas komen Shahirah dan memberitahu memakai kasut tumit tinggi lebih praktikal kerana ia terbenam dalam salji.“Kena sis, kalau kasut biasa akan licin tapi heels ini akan terpacak dalam snow, so dia tak tergelinciaq (tergelincir) bila licin,” jawabnya. Bagaimanapun, Che Ta akhirnya memberi penjelasan tentang kasut-kasut yang digayakannya itu.

Why not? Saya tak ada masalah pun untuk menyarung kasut tumit tinggi walaupun di kawasan bersalji.  “Sebenarnya kasut yang saya pakai itu memang kasut untuk musim sejuk atau kawasan bersalji. Kasut itu memang mempunyai tumit setinggi itu,” jelasnya.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Warganet terkejut dengan tumit tinggi digayakan oleh Rozita Che Wan ketika berada di kawasan salji. Ini Komen Sharifah Shahirah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*