Pelakon Betty Rahmad, 38, ditegur pengguna laman sosial apabila memakai baju koyak dengan seluar legging berwarna kulit. Betty bagaimanapun telah meletak bersama hashtag #sayapakaiseluar disebabkan warna yang dipilihnya itu. Rata-rata pengikut yang tidak berpuas hati mengkritik menganggap gaya tersebut tidak sesuai kerana menimbulkan bersangka buruk dan salah faham. “@rosnikidam: Masyarakat saya orang asli pun tak pakai baju macam ni. Walaupun tak Islam.” “@akmaliza: Kalau dah tau orang akan salah faham pakailah yang sesuai.”
“@hanahaziq: Mula-mula tengok ingat tak pakai seluar. Ahahaha haru betul.” “@safiyya.hana: Siapa yang tengok macam tak pakai seluar sila zoom okay.” “@cpaishah: Uishh terkejut dan terkentut ingat tak pakai seluar.” Walaubagaimanapun, Betty memilih untuk tidak membalas komen pedas yang ditinggalkan di ruangan IGnya. Betty dan suami, Ardy Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira yang kini berusia setahun.
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Gaya Betty Rahmad dikritik teruk oleh warganet. Ini sebab Betty tidak ambil peduli dengan kritikan tersebut."