Banyak ketinggalkan gara gara selalu keluar tv. Mark Adam dedah perkara sebenar

Penyanyi dan pelakon Mark Adam mengakui memperlahankan kerjaya seninya tahun lalu kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga. Menurut Mark, selain keluarga dia juga mahu memberikan fokus kepada pusat latihan vokal miliknya, Suara Academy.

“Banyak yang berlaku tahun lepas jadi saya fikir saya kena rehat sekejap dan memberikan fokus pada Suara Academy. “Kadang-kadang kalau sentiasa keluar televisyen (TV) pun saya rasa tak elok. Jadi saya kena pastikan ada masa terluang untuk keluarga tidak kira sama ada di Malaysia dan juga Filipina.

“Sekarang ini banyak projek berlakon jadi muzik saya itu ada ketinggalan sedikit tapi tetap akan cuba. Saya akan kembali dan mencuba kerana kita sendiri tidak tahu rezeki itu datangnya bagaimana” katanya kepada HLive! Terdahulu, Mark telah menjadi juri jemputan untuk program Dansa Dan Sing pada Ahad lalu.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Banyak ketinggalkan gara gara selalu keluar tv. Mark Adam dedah perkara sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*