Alhamdulillah isteri PU Abu Sufyan selamat melahirkan bayi lelaki. Rata rata mengatakan nama bayi PU Abu sangat unik.

Pendakwah bebas PU Abu Sufyan mengumumkan telah menimang cahaya mata kedua pada 1 Februari lalu. Bayi lelaki itu dilahirkan seberat 3.12 kilogram dan diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen. “Syukur pada Allah! Pada tanggal 1 Februarri 2020 pukul 6.59 pagi lahirlah putera aku yang kedua dengan berat 3.12 kilogram. “Moga menjadi anak yang soleh, kehidupan memberikan manfaat kepada orang yang lain dan paling penting dirimu mampu memberikan sumbangan kepada Islam,” tulis PU Abu. PU Abu turut berterima kasih pada isterinya, Hana Azraa atas pengorbanan melahirkan anaknya.

“Terima kasih Hana Azraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita.  “Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga firdaus. “Muhammad Uwais Al-Mateen dan Muhammad Adam Aysar, Abi sayangkan anak-anak Abi kerana Allah,” tambahnya. PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu. Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini mendedahkan telah berpisah suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana. PU Abu bernikah dengan Ain pada 31 Ogos 2018 namun menceraikan isterinya yang sedang hamil itu pada 13 Mac menerusi aplikasi WhatsApp. Konflik mereka selesai apabila jatuhnya talak kedua pada 16 Mei 2019.

Sumber:

Be the first to comment on "Alhamdulillah isteri PU Abu Sufyan selamat melahirkan bayi lelaki. Rata rata mengatakan nama bayi PU Abu sangat unik."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*