Pengapit ingkar arahan pengantin. Jadi hantu cina masa iring ke meja beradap. Dedahkan perkara sebenar tak sangka ini yang terjadi

KEBIASAANNYA tabiat melatah seseorang itu akan semakin menjadi-jadi jika semakin galak usikan daripada orang sekeliling. Dalam keadaan yang lebih t3ruk, kejadian melatah boleh disusuli dengan kata-kata carutan sehingga terc3tusnya satu adegan melucukan.

Begitu juga kisah seorang wanita yang dirakam dalam keadaan dirinya melompat-lompat seperti hantu poc0ng semasa mengiringi pengantin perempuan berarak ke meja makan beradab baru-baru ini. Semuanya gara-gara dia melatah akibat terdengar bunyi dulang terjatuh di atas lantai.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Syerry berkata gelagat lucu pengapit yang juga rakan baiknya itu dirakam semasa majlis menyambut menantu di rumah suaminya di Bachang, Melaka pada 26 Januari lalu.

Video melatah Sally turut tular di Twitter. “Malam akad nikah saya di Muar pada 24 Januari lalu, ramai kawan dan keluarga belah suami datang. Jadi keluarga belah suami tak kenal siapa kawan saya dan karakter mereka macam mana.“Jadi malam tu ada seorang kawan saya mengac4u Sally (pengapit).

Orang Melaka suka bergurau, jadi mereka dah aim nak usik Sally bila majlis bertandang ke Melaka nanti. “Kebetulan masa tu raya Cina ada mercvn. Sally memang tak boleh dengar bunyi merecun sebab dia mudah terp3ranjat. Sepanjang berarak tu dia memang dah start melatah tapi banyak menc4rut.

“Jadi masa nak menghala ke meja makan beradab ada orang baling dulang. Berdentum bunyi. Itu yang Sally terus melatah siap jadi h4ntu Cina,” katanya kepada mStar. Syerry berkata dia sememangnya tahu Sally ada tabiat melatah dan awal-awal lagi telah mengingatkannya supaya bertahan dengan usikan tersebut tetapi sebaliknya berlaku.

Sally bersama Syerry dan suaminya. “Bila dia start melatah masa dengar bunyi mercun, saya ingatkan dia jangan tarik veil saya ke belakang sebab veil tu panjang. “Saya siap beritahu dia kalau awak melatah awak kena tahan, kena ketap mulut betul-betul. Tapi saya terkejut bila saya toleh belakang dia dah terlompat-lompat.

“Saya siap tanya awak kenapa jadi hantu macam dalam drama Cina. Dia kata tak tahulah… spontan je. Otak saya tak fikir apa. Memang kelakar bila tengok gelagat dia masa tu,” katanya. Tapi saya dah pun minta maaf sebab sebab husband masukkan dalam Facebook. Dia kata malulah tapi dia OK je.- SYERRY, PEMILIK BUTIK

Namun Syerry yang juga pemilik butik pakaian di Galaxy Ampang berkata dia turut meminta maaf kepada rakan baiknya itu kerana suaminya berkongsi rakaman tersebut di sebuah grup Facebook. “Husband saya ada share di grup viral Melaka sebab macam kelakar. Tapi tak sangka dah viral ke Sabah dan seluruh Malaysia.

“Bila tengok komen netizen rasa macam geramlah juga. Kadang mentaliti orang ni kita saja nak bergurau, seronok tapi mereka pula kata tak baik buat orang macam tu. Reaksi warganet terhadap posting Sally yang tular di Twitter. “Tapi saya dah pun minta maaf sebab sebab husband masukkan dalam Facebook. Dia kata malulah tapi dia OK je,” katanya.

Sementara itu, Syerry berkata tahap melatah rakan baiknya itu tidaklah begitu kronik tetapi mended@hkan Sally takut dengan belon. “Melatah dia tak adalah tahap t3ruk sangat. Tapi dia tak boleh tengok belon. Dia boleh jadi kecut perut dan sampai tahap nak menangis. “Masa majlis kenduri kahwin saya tempoh hari waktu dia tengah menyanyi ada orang terperanjatkan dia tapi nasib baik dia tak campak mic tu,” katanya.

Video gelagat Sally perkongsian seorang pemuda di Twitter mendapat lebih 460,000 tontonan. Perkongsian itu mendapat lebih 30,000 ulang kicau dan 20,200 tanda suka. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Pengapit ingkar arahan pengantin. Jadi hantu cina masa iring ke meja beradap. Dedahkan perkara sebenar tak sangka ini yang terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*