Mulut orang tak habis habis mengata. Respon padu dari Janna Nick untuk warganet

Pelakon Janna Nick berharap mereka yang berkeinginan untuk menunaikan umrah tidak terpengaruh dengan kata-kata neg4tif yang diberikan warganet. Menurut Janna, apa yang penting adalah keikhlasan untuk beribadah dan kemanisan nikmat yang tidak terkata apabila dapat menjadi tetamu Allah.

Janna berkongsi nasihat ikhlas tersebut menerusi coretan yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam. “Duduk sana rasa tenang, tak payah fikir hal duniawi. Pergi je la short vacay dekat sana, memang best! Tak sama aih macam kita pergi London ka mana-mana.

“Yang nak komen tu tok sah la nak komen benda-benda neg4tif, nak nak bab amal ibadat ni pasai kita tak tahu pun amal ibadat kita tu diterima ka dak. “Ajak lah orang buat kebaikkan bukan menghentikan niat orang yang nak mendekati Sang Pencipta, ramai yang t4kut nak pergi umrah walaupun berkemampuan.

“Pasal apa? Pasal risau mulut orang dok kata tu kata ni… Eh, pi je la kalau tak banyak, sikit mesti terjentik jugak hati kita yang ketegaq kematu tu. “Apa yang tersirat di hati, apa yang terlintas dalam fikiran, bukan orang tahu pun. Sah la DIA lebih mengetahui. Niat kita yang sebenar? Pun DIA yang lebih mengetahui.

“Jadi manusia-manusia yang tak lari dari buat d0sa ni. Cukup la sekadar saling mengingati tak payah dok tunding koyak kain orang. “Kadang-kadang baca komen… Macam depa ni Nabi maksum tapi takpa sekadar menegur tak ada mas4lah cuma guna lah bahasa yang lebih beradab,” tulisnya dalam loghat utara.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan coretan Janna. “Khusyuk kami baca komen h4mpa, best sangat, masuk teroih dalam hati, tak keluaq dah dengan intonasi utaqa lagi,” komen @_aidatasya_ “indeed, betul sangat pergi je Mekah Madinah, tempat tu miracle. Hati yang keras boleh jadi lembut.

Jom doakan diri kita dan kawan-kawan dapat nikmat iman dan pengampunan. Tahniah @jannanick,” tulis @annatunteja. Terdahulu, Janna Nick telah ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada 24 Januari lalu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Mulut orang tak habis habis mengata. Respon padu dari Janna Nick untuk warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*