Muka fake warganet kritik Sharifah Rose kerana gambar terlampau cantik. Tak sangka ini respon mak Rose

Pada Selasa lalu, antara yang menjadi tetamu jemputan di rancangan Meletop adalah beberapa personaliti media sosial yang tercalon bagi kategori Influencer MeleTOP bagi Anugerah MeleTOP Era 2020. Meskipun 20 orang tercalon namun antara yang memeriahkan Meletop ketika itu adalah Cik B, Norreen, Sharifah Rose dan dua jejaka terkenal Luqman Podolski dan Alieff Irfan.

Menerusi Instagram, gadis cantik dikenali ramai sebagai Sharifah Rose itu turut mendapat pujian ramai apabila memuat naik dua keping foto penampilannya di malam Meletop. Ternyata penampilan personaliti media sosial ini meraih pujian ramai dengan rata-rata memuji Sharifah Rose kelihatan sangat cantik mengenakan makeup yang sesuai dengan busana digayakan.

Antara pujian ditinggalkan warganet

Posting Sharifah Rose turut meraih ribuan tanda suka daripada warganet dan penampilan dirinya kali ini juga menarik perhatian pengikutnya dilaman Instagram yang kini sudah mencecah lebih 600 ribu. Nampaknya, personaliti media sosial ini sering menjadi tumpuan ramai.

Penampilan jadi perhatian peminat dan pengikut

Namun begitu, menerusi ruangan komen ternyata ada juga yang meninggalkan komen berunsur kritikan buat gadis jelita ini. Sharifah Rose menerusi ruangan komen dikritik dikatakan ‘edit’ foto yang mana telah menampakkan dia kelihatan cantik. Bagaimanapun, pengikutnya tidak tinggal diam malah ada yang membidas kritikan berkenaan.

Tak disangka, Sharifah Rose dikritik dikatakan ‘edit’ foto

“Tak cantik pun…”

Sumber : HCL/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Muka fake warganet kritik Sharifah Rose kerana gambar terlampau cantik. Tak sangka ini respon mak Rose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*