Elly Mazlein Kongsi Foto Ipar Duai, Netizen Pula Tertumpu Ke Hal Ini

Selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan hati pada 18 Januari lalu, bintang versatil Elly Mazlein sekali lagi membuatkan para peminatnya teruja apabila berkongsi foto keluarga besarnya di belah pihak suami.

Menerusi Instagram, pelakon utama Kampung People itu gembira dan bersyukur kerana dirinya kini mempunyai famili besar.

“Ni lah keluarga Mertua kakak lina .. Ayah , Ma & Ipar Duai. Alhamdulillah kakak lina da ade kluarga besar yeayyyyyy. Alhamdulillah,” tulisnya.

Semua hensem hensem

Ada juga segelintir wanita yang memuji adik beradik cikgu Azlan ni hensem belaka, ada juga mencari yang bujang. Semoga berjodoh lah ya. hihi

Terdahulu, Elly turut berkongsi beberapa fotonya saat diraikan pada majlis sambut menantu di kampung halaman suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh di Kuala Krai, Kelantan.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin dalam suasana penuh meriah Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Rata-rata peminatnya turut tumpang gembira dan mendoakan agar kebahagiaan pelakon kampung people ini bersama suami hingga ke jannah.

Semoga berbahagia till jannah

Dah boleh buat drama kampung people raya ni

Seronoknya ada family besar

Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: MH / rimbabara.my

Be the first to comment on "Elly Mazlein Kongsi Foto Ipar Duai, Netizen Pula Tertumpu Ke Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*