Iklankan Diri Sendiri Di Tepi Jalan, Lelaki Ini Jumpa Jod0h Hanya Selepas Sebulan

Sebelum ni pernah tular di laman media sosial mengenai tindakan seorang lelaki yang menggantvng bunt1ng mencari jodoh untuk dirinya.

Sumber: Malaymail

Lelaki yang dikenali sebagai Noor Azirol Abdullah, 35 dikatakan telah meletakkan bunt1ngtersebut di kawasan tempat umum di negeri Terengganu.

Menurut portal Malaymail, Azirol mengaku telah menjumpai wanita idaman berumur 33 tahun dan bekerja sebagai kerani berasal dari Kuala Terengganu.

Wanita itu dikatakan telah menghubunginya sejurus dia melihat iklan mencari jodoh melalui bunting yang digantung itu.

Namun sepanjang perkenalan itu, mereka tidak pernah lagi berjumpa antara satu sama lain. Mereka hanya saling berhubung diatas talian dan pertama kali berjumpa pada minggu lepas dengan ditemani adik perempuan Azirol.

“Kami masih lagi berkawan dan saling mengenal hati budi masing-masing”

“Walaupun dia bersetuju untuk menjadi isteri saya, namun kami masih mengambil keputusan untuk lebih saling mengenali.” Katanya.

Noorazira, adik perempuan Azirol berkata dia tetap menghormati keputusan abangnya itu untuk memilih pasangan hidupnya nanti.

“Saya tak memilih pun dengan pilihan hati abang

“Selagi si dia sanggup terima baik buruk dan latarbelakang keluarga kami, buat saya tiada masalah. Abang saya cuma bekerja sebagai tukang kayu dan dia membuat bunting itu hanya untuk mencari orang yang sanggup menjadi suri hatinya” Katanya.

Sumber: Malaymail

Bukan itu sahaja, Azirol berkata walaupun bunt1ng itu telah diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan, masih ada lagi wanita di luar sana yang menghubunginya bagi mengenal hati budi masing-masing.

“Saya masih mendapat panggilan dari seluruh negara. Kebanyakannya panggilan adalah daripada luar Terengganu iaitu Klang, Johor, dan ada juga panggilan daripada Sarawak. Apa yang mengeejutkan, saya ada mendapat panggilan daripada Indonesia.” Katanya

Sumber: Malaymail

Azirol turut berkata dia ingin menghentikan pencariannya dan kini mahu fokus terhadap hubungannya dengan wanita yang bekerja sebagai kerani itu.

Alhamdulillah, semoga perkenalan ini kekal sampai ke akhir hayat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: Lobak Merah

Be the first to comment on "Iklankan Diri Sendiri Di Tepi Jalan, Lelaki Ini Jumpa Jod0h Hanya Selepas Sebulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*