D3dah suami bernikah dengan rakan baik, Hanna nekad berc3rai dan buat keputusan muktamad tak ingin bermadu

 

Sebelum ini, seorang isteri yang dikenali sebagai Hana mended@hkan tentang kecurangan suami bersama kawan baiknya, iaitu Yaya. Bagaimanapun, d@kwaan yang dibuat Hana itu dinafikan oleh wanita tersebut.

Tidak terhenti di situ sahaja, Baa Azhar iaitu lelaki yang dikaitkan dengan kontroversi itu kemudiannya tampil dan mengakui berkawan rapat dengan Yaya dan mahu memperisterikannya, namun tidak dipersetujui oleh Hana.

Terbaru, Hana telah memuat naik satu posting di laman Instgramnya sehingga menimbulkan persoalan tentang status rumah tangganya bersama suami ketika ini.

Keputusan muktamad

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah… Selesai step pertama hari ini, semoga Allah mempermudahkan step step yang seterusnya. Tahap ini, saya tetap dengan pendirian saya. Saya tak ingin BERMADU dan keputusan saya muktamad… Doakan kebahagiaan saya.

A post shared by @makeuphana (@hannabaa) on

Di dalam posting yang dimuatnaik olehnya itu, Hana dilihat berada di hadapan bangunan Mahkamah Syariah Terengganu sambil berpakaian lengkap serba hitam.

Menerusi kapsyen yang ditulis wanita itu, Hana menegaskan bahawa dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak akan sama sekali bermadu dan katanya, keputusan tersebut adalah muktamad. Dia kemudiannya turut meminta agar para pengikutnya di laman Instagram mendoakan kebahagiannya selepas ini.

Dapat sokongan netizen

Di ruangan komen, Hana berkata meskipun d@kwaan bahawa suaminya telah mengahwini rakan karibnya itu dinafikan, namun katanya kebenaran pasti akan terbukti jua kelak. Kenyataan Hana itu sebagai respon kepada komen yang dibuat salah seorang pengikutnya di Instagram berkenaan status sebenar di antara suaminya dan Yaya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya mendoakan agar wanita ini diberikan kecekalan dalam menghadapi ujian mendatang dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan selepas ini.

Namun mengintai  FB suami Hana, beliau di lihat berkongsi gambar kenangan sewaktu mengerjakan umrah dengan caption berbentuk hati seolah sedang memujuk isterinya.

Bagaimanpun di lihat Hanna memuatnaik status seolah-olah memberi jawapan balas

Sumber: IG Hannabaa / vanilla.kini.blog

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "D3dah suami bernikah dengan rakan baik, Hanna nekad berc3rai dan buat keputusan muktamad tak ingin bermadu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*