Setiap orang mempunyai cabaran yang berbeza untuk menjaga dan membesarkan anak-anak. Bagi Zizie Izette, beliau amat berbesar hati untuk mempunyai keluarga yang besar dan anak yang ramai. Baginya setiap anak adalah rezeki buatnya malah beliau sendiri mampu untuk membesarkan mereka dengan baik.
Oleh itu tak hairan la bila Zizie turut mengambil anak angkat untuk dijaga dan dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang seprti anaknya sendiri. Salah seorang anak angkat beliau Jenna sebenarnya merupakan anak kembar yang mempunyai ibu di Sabah.
Zizie baru-baru ini memuat naik gambar anaknya Jenna yang gembira dan teruja berjumpa dengan adik kembarnya Janna.
Walaupun pada mulanya Zizie sendiri ingin menjaga kedua-duanya, tetapi ibu kandung mereka ingin menjaga saIah seorang daripada kembar terbabit menyebabkan anak-anak ini terpisah. Seorang berada di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Sabah.
I dapat Jenna umur dia 6 bulan setengah. Mama dia nk bg Jenna pun cukup susah, mmg ada plan nak ambik Janna juga tp mama dia tak bersedia. Bila kami dtg semula utk ambik Janna, Janna dah besar sikit dlm setahun dan tak nak ikut kami. And of course mama and bapa Janna dah susah nak lepaskan sbb dah ada perasaan makin sayang diaorg dah jaga Janna sendiri hampir setahun. – Datin Zizie Izette
View this post on InstagramI feel complete. Bahagianya bila ramai anak. . . . Rasa2nya kalau nak tambah lg okay ke? 😅😜
Ramai yang meluahkan rasa sedih kerana melihat anak kembar ini terpis4h dan dijaga dalam persekitaran yang berbeza. Tetapi sudah pasti Zizie dan ibu kandung mempunyai sebab mereka yang tersendiri. Tapi walau bagaimanapun, kehadiran Janna ke Kuala Lumpur tetap disambut baik dan diberi layanan yang mesra oleh Zizie.
Saya fikir juga bila besar nanti kan.. Kesian kalau terpis4h. Pembesaran dlm persekitaran yg berbeza akan membezakan personality mereka.
Wah Kembar ya….. why datin tak jaga dua2….. so touch they huge each other.
Jaga dua2 skli Datin. Kesian kembar dipis4hkan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Kredit: newsinkling.com
Be the first to comment on "“Kesiannya..kenapa Datin tak jaga dua-dua je?” Netizen persoal Zizie Izette ambil anak angkat kembar tapi hanya jaga saIah seorang daripadanya"