“Ia 10 minit paling bod0h dalam hidup” – Sharifah Rose

“WALAUPUN tiada alasan untuk apa yang saya lakukan, saya tetap mahu perjelaskan beberapa perkara mengenainya.”

Demikian kata model hijabista, Sharifah Rose susulan penularan sekeping gambarnya yang tidak memakai tudung sewaktu bercuti di Phuket, Thailand, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Twitter miliknya pada malam Rabu, Sharifah Rose yang juga bergelar Instafamous itu berkata gambar yang tersebar itu diperoleh daripada IG Story salah seorang rakannya yang turut sama bercuti di pantai peranginan tersebut.

“Dalam ‘screen shot’ tersebut, saya dilihat tidak memakai hijab. Biar saya jelaskan. Saya pergi ke pantai pada hari tersebut. Ini gambar kami di pantai.

“Sebagaimana anda dapat lihat, saya mengenakan pakaian sesuai. Baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menutup rambut.

“Topi saya basah jadi saya pun, tanpa berfikir, membukanya sekejap untuk mengeringkannya. Apa yang saya tahu sepanjang 10 minit saya melepaskan rambut, IG story itu diambil tanpa pengetahuan saya.

Penjelasan Sharifah Rose yang dimuatnaik di Twitter.

“Ia adalah tempoh 10 minit paling bodoh dalam hidup dan saya sedar sekarang bahawa apa jua boleh berlaku dalam jangka masa selama 10 minit. Ia satu kesilapan dan saya belajar daripadanya,” jelas model berusia 22 tahun itu dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun menurutnya, percutian tersebut diketahui oleh kedua-dua orang tuanya dan mendapat keizinan mereka.

Dalam masa yang sama, model itu turut memohon maaf kepada kepada para pengikutnya di laman sosial susulan insiden tersebut.

“Dari jauh di dasar hati, saya benar-benar minta maaf kerana mengecewakan kalian,” katanya lagi sambil meminta mana-mana pihak yang mempunyai gambar tersebut untuk memadamkannya daripada laman sosial masing-masing.

Antara komen netizen terhadap posting terbaharu model tersebut.

Sementara itu menerusi ruangan komen, netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap posting berkenaan.

Ada yang mengecam model tersebut malah menyifatkannya sebagai pengajaran Tuhan, namun tidak kurang ada juga yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

Pada Rabu, gambar Sharifah Rose yang tidak mengenakan tudung sewaktu bercuti bersama rakan-rakannya, menjadi tular di laman sosial.

Dalam gambar yang sama juga, kelihatan seorang lelaki mirip anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid.

Sharifah Rose sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Ismail Izzani.

Susulan itu, netizen khususnya pengikut model berkenaan meminta penjelasan daripadanya.

Nama Sharifah Rose juga menduduki carta teratas dalam senarai trending di Twitter malam Rabu.

Sharifah Rose sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi Ismail Izzani, namun hubungan itu terputus pada 2018.

Model itu kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama Aazief.

Biodata Sharifah Rose, Instafamous Popular

1. Nama penuhnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira. Popular menerusi nama Sharifah Rose. Nama panggilannya Rose.

2. Berusia 21 tahun.

3. Merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik.

4. Kelahiran Shah Alam, Selangor.

5. Mula dikenali ramai menerusi laman sosial Instagram.

6. Selain bergelar Instafamous, beliau juga aktif sebagai peragawati sambilan, pelakon, pengacara termasuk memegang peranan sebagai duta jenama pakaian Umma dan kosmetik Anasism.

7. Merupakan pelajar Asasi Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

8. Tidak menjangkakan dirinya bakal menjadi seorang model, namun seorang jurusolek meyakinkan akan kemampuannya itu.

9. Gembira menjadi Instafamous kerana berpeluang mendapat makanan dan barangan secara percuma, tetapi tidak gemar apabila privasinya diganggu.

10. Menganggap bidang peragaan hanyalah sebagai minat kerana beliau lebih mengutamakan pelajaran.

11. Telefon pintar pilihannya, Iphone 7.

12. Teringin membela monyet sebagai haiwan peliharaan kerana menganggap ianya comel!

13. Ciri-ciri lelaki idaman ialah seorang yang kelakar, menghormati orang lain dan memiliki perwatakan yang ‘cute’.

14. Teringin bergelar model dalam video muzik Ed Sheeran.

15. Dua kucing peliharaannya bernama Small dan Luna.

16. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.

17. Pernah membintangi drama ‘Miss Match’ bersama pelakon Kilafairy dan bergelar model dalam video muzik ‘Vroom Vroom’ yang merupakan single baharu Nabila Razali.

18. Laman Instagramnya, @sharifahrose_ sehingga kini mengumpulkan lebih 480,000 pengikut.

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Ia 10 minit paling bod0h dalam hidup” – Sharifah Rose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*