“Banyak Jasa Dan Bantuan Beliau Untuk Menzahirkan Kelainan Buat Anak Didik Saya, Salma,” – Erra Fazira Terkenang Zaman Mentor, Kerjasama Dengan Arw@h Lok-U –

Pagi tadi dunia hiburan dikejutkan berita sedih atas pem3rgian pemuzik terkenal, Faizal Uzir atau sinonim disapa Lok U.

Allahy@rham kerap kali mengiringi persembahan penyanyi popular tanah air selain sering terlibat dalam program-program hiburan di TV3.

Bagaimanapun, pem3rgiannya nyata mengejutkan ramai pihak dan secara langsung ia turut memberi kesan kepada para selebriti yang pernah bekerjasama dengan arw@h.

Erra Fazira misalnya antara rakan artis yang turut bersedih atas kehilangan seorang lagi permata seni itu.

Pernah terlibat secara langsung dengan arw@h ketika sama-sama terbabit dalam program Mentor, primadona filem Melayu alaf baru ini menitipkan dedikasi terakhir buat arw@h menerusi Instagram.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Diusia 45 tahun. Allahy@rham Faizal aka LokYu meninggalkan kita mengadap yang Maha Esa. Satu kejutan buat industri muzik tanahair memandangkan LokYu insan seni yg aktif dan bz dgn tugasannya.

“Namun itulah kehidupan, sihat ataupun muda bukan jaminan. Khabarnya, Allahyarham pergi akibat sesak nafas setelah pulang dr jogging . Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.

Erra pada masa sama turut mengimbau kenangan sama arw@h suatu ketika dahulu.

“LokYu, saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor. Byk jasa dan bantuan LokYu kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis.

“LokYu insan yg sangat creative, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria dimata saya.. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allay@rham dikalangan hambaNya yang beriman, amin. AlFatihah buat Faizql aka LokYu,” titip Erra lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Diusia 45 tahun.. Allahyarham Faizal aka LokYu meninggalkan kita mengadap yang Maha Esa. Satu kejutan buat industri muzik tanahair memandangkan LokYu insan seni yg aktif dan bz dgn tugasannya.. Nanun itulah kehidupan.., sihat ataupun muda bukan jaminan.. khabarnya, Allahyarham pergi akibat sesak nafas setelah pulang dr jogging . Innalillahiwainnailaihirojiun.. . . LokYu.. saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor. Byk jasa dan bantuan LokYu kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis . LokYu insan yg sangat creative, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria dimata saya.. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allayarham dikalangan hambaNya yang beriman.. Aminnn. . . AlFatihah buat Faizql aka LokYu..

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Banyak Jasa Dan Bantuan Beliau Untuk Menzahirkan Kelainan Buat Anak Didik Saya, Salma,” – Erra Fazira Terkenang Zaman Mentor, Kerjasama Dengan Arw@h Lok-U –"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*