“Aku akan menyusul…” –Tak Sangka luahan Lok U ini jadi realiti

Pagi tadi kita dikejutkan dengan pemergian pemuzik terkenal, Faizal Uzir atau Lok U. Wajahnya kerap kali muncul di kaca televisyen berikutan sering mengiringi acara-acara muzik popular Tanah Air terutamanya di TV3.

Menerusi laporan daripada Astro Awani, Lok U dikatakan mengalami s3sak naf@s selepas pulang daripada berjogging kira-kira jam 11 pagi.

Pemergiannya itu benar-benar memberi kesan kepada rakan-rakan artis yang sering bekerja dengannya.

“Dua sahabat sudah pergi, aku akan menyusul”

Jika disingkap semula perjalanan industri seni pada tahun lepas, beberapa orang pemuzik yang seangkatan dengan Allahayarham turut telah pergi bertemu Ilahi.

Menerusi muat naik Lok U di media sosial sekitar September lepas ketika pemergian sahabat pemuziknya, Allahayarham Aji dan Kelly, dia telah memberitahu bahawa setiap insan pasti akan menyusul pergi. Ia juga turut mengatakan perkara sama menerusi balasan komen di Instagramnya.

Masa kita akan tiba

Baru selesai jadi juri separuh akhir muzik2

Perkongsian yang pernah dibuat oleh Allayarham seolah-olah petanda bahawa dia sendiri yang akan menyusul sahabat baiknya itu menghadapi Ilahi.

Faizal Uzir yang baru selesai menjadi sebahagian orang kuat Mentor Milenia 2019 dilihat turut menjadi juri bagi konsert separuh akhir Anugerah Juara Lagu yang lepas.

Setakat ini, menerusi laporan media, jenazah Lok U akan dibawa pulang ke kediamannya bagi memberi peluang kepada ahli keluarga dan kenalan memberikan penghormatan yang terakhir buat pemuzik tersebut.

Erra Fazira antara rakan artis yang turut bersed1h atas keh1langan seorang lagi permata seni itu.

Pernah terlibat secara langsung dengan arw4h ketika sama-sama terbabit dalam program Mentor, primadona filem Melayu alaf baru ini menitipkan dedikasi terakhir buat arw4h menerusi Instagram.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Diusia 45 tahun. Allahy4rham Faizal aka LokYu meninggalkan kita mengadap yang Maha Esa. Satu kejutan buat industri muzik tanahair memandangkan LokYu insan seni yg aktif dan bz dgn tugasannya.

“Namun itulah kehidupan, sihat ataupun muda bukan jaminan. Khabarnya, Allahyarham pergi akibat sesak nafas setelah pulang dr jogging . Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.

Erra pada masa sama turut mengimbau kenangan sama arw4h suatu ketika dahulu.

“LokYu, saya bekerja rapat dgn beliau ketika program Mentor. Byk jasa dan bantuan LokYu kepada saya untuk menzahirkan kelainan buat anak didik saya, @salma_asis.

“LokYu insan yg sangat creative, cinta pada tugasnya, simple, mudah didekati dan ceria dimata saya.. Hanya Allah yg dapat memb4las kebaikkannya dan moga Allah tempatkan Allayarham dikalangan hambaNya yang beriman, amin. AlFatihah buat Faizql aka LokYu,” titip Erra lagi.

Semoga r0h Allahy4rham Lok U ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber : Astro Awani, Faizal Uzir, http://musangviral.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "“Aku akan menyusul…” –Tak Sangka luahan Lok U ini jadi realiti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*