Viral Foto Pengantin Perempuan Naik Kelisa, Ini Foto Sekitar Majlis Resepsi Mereka. Cantiknya!

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan sebuah perkahwinan idaman mereka tersendiri. Tidak kiralah sama ada simple mahupun mewah asalkan sesuai dengan bajet. Bak kata orang biar ukur baju di badan sendiri.

Di twitter lebih 4k retweet, pasangan ini jadi bualan hangat orang ramai. Rata-ratanya memuji majlis mereka yang dikatakan sangat humble.

Naik Kelisa ke majlis akad nikah

Saat orang lain sibuk menyewa kereta mewah di majlis perkahwinan mereka. Lihatkan pasangan ini kelihatan mewah dengan caranya tersendiri. Mungkin Kelisa dinaiki pengantin perempuan ini mempunyai kenangan tersendiri. Lain orang lain cara. Betul tak?

Nikah dihadiri 11 orang

Lebih mengagumkan orang ramai adalah majlis pernikahan mereka diadakan di masjid dan hanya dihadiri oleh 11 orang tetamu. Fuh jarang macam ini. Biasa kalau keluarga besar mesti penuh satu masjid ini. Memang sempoi!

Majlis resepsi

 

Pengantin perempuan merupakan orang Cina Melayu manakala pengantin lelaki orang Melayu Sarawak Melanau. Dua budaya bertemu menjadi satu. Apa yang menariknya majlis ini dilihat tidak mempunyai pelamin atau pr0tokol majlis perkahwinan.

Namun masih mengekalkan adat mereka dengan adanya Nasi Temuan selepas mem0tong kek. Menarik kan perkahwinan mereka.

Bertemakan rustic forrest

 

Majlis ini bertemakan rustic forrest yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Kalau korang perasan baju yang dipakai masa nikah juga sama dengan resepsi mereka. Apa apa pun tetap nampak cantik dan mewah!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "Viral Foto Pengantin Perempuan Naik Kelisa, Ini Foto Sekitar Majlis Resepsi Mereka. Cantiknya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*