Ibu Puteri Balqis terkilan terus jadi m@ngsa f1tnah

IBU pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan d@kwaan segelintir pihak dia mendapat sumbangan RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Norashikin ketika dihubungi berkata, dia terkilan dan kecewa dengan tudvhan itu selain menyifatkan ia f1tnah.

“Terlalu banyak f1tnah saya dapat sampai kata Seniman dan Finas bagi RM100,000. Saya tak tahu nak cakap apa lagi.

“Belum habis satu, timbul pula cerita lain. Nasib baik saya menjual buku, kalau memang kerja saya minta tolong saja, inilah jadinya. Orang pasti akan mengungkit balik.

“Pihak yang keluarkan cerita itu bermotifkan sengaja dan memandai-mandai. Setiap hari saya sibuk menjual dan menguruskan penghantaran buku. Berhentilah f1tnah kami,” katanya kepada Harian Metro.

Terbaru, timbul pula cerita mengatakan anaknya sengaja menyahaktif akaun Instagram.

“Betul, Aqish (Puteri Balqis) tutup Instagram,” katanya.

Dia kecewa dan sedih apabila terlalu banyak mendapat mesej di Instagram berkenaan apa yang berlaku. Apatah lagi semuanya tidak betul.

“Jadi, buat sementara waktu dia tidak mahu ada Instagram. Dia mahu fokus pada diri sendiri dan menjual buku. Ini saja yang kami ada sekarang. Tapi, jangan pula anggap Aqish tutup Instagram sebab nak lari. Itu tidak sama sekali. Tak elok tvduh kami macam itu.

“Kami tidak ke mana-mana, masih lagi menjual buku macam biasa. Kami lebih tenang tanpa sosial media. Jangan risau, kami sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan macam kami. Setiap hari kami pergi cari orang-orang yang susah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri berkata, pihaknya tidak pernah memberi sumbangan dengan jumlah yang did@kwa itu.

“Finas memang ada beri sumbangan kepada Pueri Balqis, tapi tidak dengan jumlah itu. Cuma, saya tak boleh ded@hkan berapa. Saya tak tahu pula kalau ada sumber lain. Itu saya tidak tahu,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: METRO

Be the first to comment on "Ibu Puteri Balqis terkilan terus jadi m@ngsa f1tnah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*