‘Manusia Sentiasa Buat Silap & Saya Tahu Bella Seorang Pemaaf’ – Netizen

Kisah rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan bekas isterinya Bella Astillah, semakin menjadi bualan ramai apabila mereka sering memuat naik foto ‘mesra’ dan melakukan Instagram live bersama. Hal tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai status hubungan mereka kini.

Terbaru, Aliff sekali lagi memuat naik video mesra dirinya bersama Bella dan anak mereka. Menerusi ruangan komen posting tersebut, netizen mendoakan agar pasangan itu kembali bersama dan melupakan kisah silam mereka. Doakan yang baik-baik!

It’s always you

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It’s you. It’s always you. If I’m ever gonna fall in love, i know it’s gonna be you. It’s you. It’s always you. Met alot of people but nobody feels like you. ✨

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Menerusi Instagram Aliff, dia memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang bermain bersama anak dan bekas isterinya iaitu Ayden dan Bella. Aliff turut menulis kapsyen di mana jika dia ingin jatuh cinta terhadap seseorang, orang itu adalah Bella. Walaupun dia sering berkenalan dan berjumpa dengan ramai orang, Bella sahaja yang memahami dirinya dan tiada siapapun yang sama seperti bekas isterinya itu.

Rujuk balik dengan Aliff

 

Posting yang dimuat naik oleh Aliff itu ternyata mendapat reaksi daripada Bella di ruangan komen. Bella meninggalkan emoji berbentuk ‘love’ buat Aliff. Pada masa yang sama, netizen turut berdoa dan berharap yang mereka berdua bakal rujuk semula.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "‘Manusia Sentiasa Buat Silap & Saya Tahu Bella Seorang Pemaaf’ – Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*