Fasha Sandha hamil

PELAKON popular, Fasha Sandha mengesahkan dirinya hamil tetapi tidak akan berkongsi usia kandungan.

Fasha, 35, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, pengalaman mengalami kegvguran pada Jun lalu membuatkan dirinya masih fob1a.

“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.

“Pengalaman beberapa kali pernah kegvguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💖 . . #nikahazlanellymazlein

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fasha, dia sedang berehat daripada terbabit dalam penggambaran drama.

“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya.

Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac lalu berkongsi berita kehamilan pada Mei.

Namun, Fasha diberitakan mengalami kegvguran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan.

Sekali lagi, pada November lalu Fasha dikhabarkan hamil. Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: METRO

Be the first to comment on "Fasha Sandha hamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*