“Bila Anak-Anak Rapat Setahun Satu….”- Yatt Hamzah Dedah Anak C3mburu Dengan Baby

Pelakon Yatt Hamzah mended@hkan anak ketiganya, Suci Hayfa Medina, 2,  sudah mula menunjukkan tanda-tanda cemburu selepas dia melahirkan bayi keempat pada 30 Disember lalu.

Kata Yatt,  Medina sudah mula minta perhatian yang lebih serta sama dengan anak keempatnya, Suci Hawa Zulaikha.

“Minggu pertama Medina tak tunjuk lagi, masuk minggu kedua ni ketara sangat dah cemburu dia  pada adiknya baby Hawa Asyik minta dukung dan peluk sahaja dengan Bonda.

“Kadang-kadang meruntun juga hati Bonda tengok gelagat dia. Kesian, tak puas jadi adik dah ada adik baru.

“Tapi insya-Allah, lama-lama dia dapatlah biasakan diri dengan situasi serta perubahan ini,” tulisnya.

Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu Yatt memberitahu dia amat memahami apa yang dialami oleh Medina dan sedikit sebanyak telah meruntunkan hatinya.

“Jujur, Bonda sendiri tak puas manjakan dia sebagai anak Bongsu. Dalam hati ni ada satu ruang yang masih tak percaya Medina dah ada adik baru.

“Hakikatnya, ramai ibu mungkin rasa yang sama bila anak-anak rapat setahun satu. Moga Allah  berikan keberkatan dan kebahagiaan menjaga anak-anak syurga ini,” katanya lagi.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina, 2.

Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#throwback #tb Umrah Dec 2018 Masa ni #medina baru 8 bln, #iqlima setahun 11 bln. Baby lg #Medina masa ni. Semua org geram dg dia dan kakak2nya masa di Tanah Suci Mekah & Madinah. Asyik kena cubit dan peluk cium je.. 😅👶Skrg dia dah jd kakak.. Dah 17 hari dia jd kakak sejak baby #SuciHawaZulaikha lahir 30 Dec lalu. Cepatnya masa berlalu. MashaaAllah.. . Minggu pertama dia x tunjuk lg, masuk minggu kedua ni obvious sgt dah jealous #Medina pd adiknya si baby #Hawa Asyik minta dukung dan peluk je dg Bonda. X boleh tgk Bonda pgg dan peluk baby, dia mesti nak minta dilayan dan dimanja juga. Kdg2 meruntun juga hati Bonda tgk gelagat dia.. Kesian x puas jd adik dah ada adik baru. Tp In shaa Allah #Medina is a fighter just like her Bonda & elder sisters. Nanti2 dia oklah bila dah adapt with this whole new situation. In shaa Allah. Doakan #Medina & all her Suci sisters #theSucis jadi anak2 Solehah ya. Aameen.. 🤲🥰 . Jujur, Bonda sendiri x puas manjakan dia sbg anak Bongsu.. Dlm hati ni ada 1 ruang yg msh x percaya Medina dah ada adik baru. Hakikatnya.. Ramai ibu mungkin rasa yg sama bila anak2 rapat setahun 1.. Moga Allah berikan keberkatan dan kebahagiaan menjaga anak2 Syurga ini despite all the tough challenge surround us. . Tahun ni jika tiada aral Bonda dan suami serta anak2 #theSucis akan ke Tanah Suci lg menunaikan Umrah. Mungkin Bulan Puasa ni. Yaa Bonda dan kesemua 4 Suci. Masa tu Hawa Zulaikha baru 4 bln.. Mcm manalah agaknya keadaannya nanti ya. Bonda rasa mcm dah boleh byg..hehe..Takpa, doa yg baik2 shj..🤗😘❤️🤗🤲 . Ok Bonda nak bersauna jap sblm mandi. Mlm ni sambung #kisahlabourroomBondaYatt part 4 ok.. In shaa Allah.. TQ semua followers Bonda for the love & support..❤ . . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #bondaYatt #bondaYH #suci #SuciHayfaaMedina #Sucino3 #Medina #HayfaaMedina #Umrah2018 #UTUS1 #UTUS 1.0 #LilSuci #theSucis #Baby #lilmujahidah #sibibirmerah

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Bila Anak-Anak Rapat Setahun Satu….”- Yatt Hamzah Dedah Anak C3mburu Dengan Baby"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*