“Aku Nak Anak Aku Sekurang-Kurangnya Bijak Sikit…”- Shakilla Khoriri Bakal Kembali Berlakon

Pelakon Shakilla Khoriri akui dia masih mahu berlakon meskipun sudah berehat selama setahun selepas melahirkan anak pertamanya, Ameena Sofia pada 14 Mac tahun lalu.

Menurut Shakilla dalam tempoh tersebut, dia sedang menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dan membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang.

“Kebelakangan ni banyak aku post pasal family. Sampai ada yang tanya kenapa tak berlakon lagi? Kenapa dah jarang nampak kat TV.

“Jawapan dia, aku kan mengandung dan beranak so aku tahu dalam tempoh setahun aku akan hilang kerja aku untuk aku pastikan beberapa perkara.

“Kena kurus balik, kena nampak okay balik dan paling penting aku nak anak aku at least bijak sikit supaya aku kerja dengan aman sentosa.

“Ada juga production yang assumed sesama sendiri yang aku tak nak shooting dah. Eh? Sibuk jaga anak,” tulisnya.

Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali  itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik videonya bersama anaknya yang kini berada di h0spital kerana jatuh s@kit.

Pun begitu, Shakilla memberitahu dai bakal kembali berlakon mulai Februari ini kerana terlalu merindui kerjaya seninya.

“Insyallah February aku akan mula kerja balik macam dulu. Rindu shooting tak boleh bawa bincang punya.

“Tapi aku ikut dengan aturan Allah. Aku tak nak tergopoh sebab aku melalaui fasa kehidupan yang indah sekarang. Keluarga.

“Tapi realitinya aku kena kerja untuk bantu suami aku demi kelangsungan hidup aku anak beranak. Macam orang lain,” katanya lagi.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#💋• . Lately banyak aku post pasal family. Sampai ada yang tanya kenapa TAK BERLAKON lagi ? Kenapa dah jarang nampak kat TV. . . Jawapan dia, aku kan mengandung dan beranak so aku tahu dalam tempoh setahun aku akan HILANG kerja aku untuk aku pastikan beberapa perkara. Kena kurus balik, kena nampak OK balik dan paling penting aku nak anak aku at least bijak sikit supaya aku kerja dengan aman sentosa. . . Ada juga production yang assumed sesama sendiri yang aku tak nak shooting dah. EH ? 😂 Sibuk jaga anak. Well sad to say, Tempoh REHAt dah nak habis. . . Insyallah February aku akan start kerja balik macam dulu. Rindu shooting tak boleh bawa bincang punya. Tapi aku follow dengan aturan Allah. Aku tak nak tergopoh sebab aku melalaui fasa kehidupan yang indah sekarang. FAMILY. 👨‍👩‍👧 . Tapi realitynya aku kena kerja untuk bantu suami aku demi kelangsungan hidup aku anak beranak. Macam orang lain. . . My darling @ameenasofia_ shes getting much more better now. Doakan kesihatan untuk dia. ☺️

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Aku Nak Anak Aku Sekurang-Kurangnya Bijak Sikit…”- Shakilla Khoriri Bakal Kembali Berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*