Rezeki mencurah-curah selepas juarai Mentor Milenia… Apex Tajudin dipilih sebagai Ikon Belia Terengganu 2020

JUARA Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin berkata dia teruja dan berbangga apabila diangkat sebagai Ikon Belia Terengganu 2020.

Menurut Apex atau nama sebenar Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin, 23, dia dilantik menjadi ikon belia dalam bidang seni dan bertanggungjawab mempromosikan negeri kelahirannya itu bersempena Tahun Melawat Terengganu 2020.

“Saya baru dilantik sebagai Ikon Belia Terengganu mewakili bidang seni pada 1 Januari lalu… mula-mula tu rasa macam tak percaya sebab terlalu baharu dalam industri tapi saya bersyukur dengan amanah yang diberi ini.

“Sepanjang tahun 2020 ini saya akan mempromosikan Terengganu dan berkongsi tempat menarik sekitar negeri ini, tambahan pula saya memang anak jati Terengganu dan pastinya perasaan itu lebih teruja untuk tunjukkan apa menarik di sana.

“Insya-Allah, selepas ini saya akan mengikuti siri promosi dan akan lebih banyak balik ke Terengganu. Alhamdulillah, peluang yang diberikan ini akan membuatkan saya bekerja lebih keras lagi,” katanya kepada mStar.

Apex teruja untuk berkongsi keindahan negeri Terengganu.

Meskipun aktiviti seninya akan lebih banyak tertumpu di Terengganu, protege kepada penyanyi Hazama ini berkata dia tidak melihat isv itu sebagai penghalang untuk dia meneruskan karier di Kuala Lumpur.

“Mungkin tahun ini saya akan lebih sibuk dengan jadual promosi di Terengganu, tapi bagi saya tiada masalah untuk memenuhi undangan nyanyian di negeri lain.

“Saya dan pihak pengurusan sudah berbincang dan susun jadual sebaiknya. Bagi saya jarak bukanlah penghalang untuk saya meneruskan karier seni.

Apex bersama isteri, Noralia Syamira.

“Lagipun, isteri dan anak saya memang menetap dan tinggal di Terengganu, jadi sudah biasa berulang-alik… buat masa ini saya okay sahaja,” ujarnya.

Bercakap mengenai karier seni, Apex memaklumkan dia bakal muncul dengan single baharu berjudul Panggung.

Lagu ciptaan Faizal Tahir itu mempunyai kaitan dengan perjalanan hidupnya dan bakal dilancarkan pada 24 Januari ini.

“Insya-Allah lagu pertama akan berkisarkan tentang perjalanan kehidupan saya dan boleh didengar bermula minggu hadapan,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Rezeki mencurah-curah selepas juarai Mentor Milenia… Apex Tajudin dipilih sebagai Ikon Belia Terengganu 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*