Penyanyi Sharifah Zarina terkilan dengan sikap seorang pelakon baharu yang cuba mengh1nanya.
Menurut Zarina, pelakon baru itu meminta untuk menjualkan akaun Instagram (IG) kepadanya.
Zarina turut b3rang kerana pada mulanya, pelakon yang tidak didedahkan identitinya itu meminta untuk diajar bagaimana hendak mendapakan ‘verified badge’ sama sepertinya.
Namun begitu, ia berakhir dengan cara yang kurang beradab.
“Zaman sekarang. Gila blue tick (verified badge) pun ada. Pelakon baru nak ‘up’ (tak kenal pun sebenarnya) pelakon tambahan mesej DM ingatkan tanya nak minta ajar macam mana nak dapatkan blue tick.
“Gigihlah cuba screenshot dan ajar dia. Rupa-rupanya akhir sekali suruh saya tolak IG pada dia. Banyak cantik perangai kau adik. Akak ni pun menunggu dekat nak dua tahun baru dapat verified badge tu tau,” tulisnya.
Penyanyi lagu Langit Ke Tujuh itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia juga turut memuat naik perbualannya itu.
Zarina sempat menasihatkan pelakon itu supaya dikenali kerana bakat.
“Naiklah kerana bakat sendiri bukan bakat beli okay. Akak tak popular mana pun adik tak payahlah kau h1na cara halus.
“Sabar dik kau muda lagi. Lama lagi boleh berkarya dalam industri. So banyak lagi masa nak kumpul followers dan dapat blue tick tu,” katanya lagi.
Rata-rata pengikut Zarina menasihatinya supaya tidak mempedulikan pelakon tersebut yang dilihat seperti terdesak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Naiklah Kerana Bakat Sendiri Bukan Bakat Beli…”- Pelakon Baharu Minta Jual IG, Sharifah Zarina Rasa Terh1na"