Aiman Tino enggan k0ntroversi jadi bebanan – “Kita kena terima dan cuba dapatkan semula kepercayaan peminat”

Aiman mahu dapatkan kepercayaan peminatnya semula.

PERNAH terpalit dengan k0ntroversi video lvcah miripnya pada tahun lalu, penyanyi Aiman Tino mengakui sedikit sebanyak isv tersebut memberi kesan kepada kerjayanya.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 22, berkata dia mahu melupakan perkara itu kerana enggan menjadikan ia sebagai satu bebanan.

“Sebenarnya sedikit sebanyak k0ntroversi itu memang kesan pada kerjaya saya tapi bagi saya benda ini lumrah dalam industri hiburan.

Aiman enggan menjadikan isu video lvcah miripnya satu bebanan untuk difikirkan.

“Cuma kita kena terima dan cuba dapatkan semula kepercayaan peminat. Lagipun saya dah lama tak keluarkan lagu dan banyak kerja perlu dilakukan.

“Sebab itu, saya tak nak jadikan isu ini beban sehingga memberi kesan dalam kehidupan saya,” kata Aiman kepada mStar.

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini ditemui ketika sesi rakaman segmen mStar Akustar di Menara Star, Petaling Jaya baru-baru ini.

Aiman pernah terkait dengan k0ntroversi video lvcah pada Mac dan Disember tahun lalu.

 

Sebenarnya saya terbuka saja untuk menyanyikan lagu daripada komposer lain.

AIMAN TINO

PENYANYI

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya, Aiman memberitahu dia sentiasa terbuka untuk menerima karya daripada komposer lain.

Bagaimanapun, dia sebelum ini terpaksa menolak secara baik kerana mahu lebih mengutamakan hasil karya ibu bapanya terlebih dahulu.

Aiman mahu utamakan lagu ciptaan ibu dan bapanya.

“Sebenarnya saya terbuka saja untuk menyanyikan lagu daripada komposer lain. Sebelum ini memang ada terima tapi saya terpaksa tolak.

“Bukan disebabkan saya hanya boleh nyanyi lagu hasil ciptaan ibu bapa saya sahaja tapi saya mahu memberi keutamaan kepada mereka dahulu.

“Mereka masih ada banyak lagu-lagu yang disimpan. Insya-Allah mungkin selepas ini, saya bekerjasama dengan komposer lain pula,” ujarnya. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Aiman Tino enggan k0ntroversi jadi bebanan – “Kita kena terima dan cuba dapatkan semula kepercayaan peminat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*