Bayaran untuk iklan produk Lisa Blackpink ‘b0cor’, raih RM2.7 juta!

Kumpulan Blackpink cukup popular dengan gabungan 4 penyanyi iaitu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo. Mereka berempat telah mencetuskan fenomena luar biasa dengan lagu mereka. Antara lagu yang kini diminati ramai Ddu-Du Ddu-Du dan Kill This Love sentiasa meniti dibibir peminat mereka.

Bagaimanapun, tidak dinafikan juga Lisa Blackpink menjadi diantara bintang K-Pop paling popular tidak kira negara.

Malah jika menjenguk kelaman sosial Instagram, Lisa merupakan selebriti K-Pop yang paling banyak memiliki followers iaitu seramai 28.5 juta!


Jumlah followers Lisa dilaman Instagram cecah 28.5 juta

Lisa bukan sahaja bergelar penyanyi namun dia juga sangat aktif sebagai model dalam pelbagai jenama produk. Selain itu, Lisa yang berasal dari Thailand ini turut popular di negara berkenaan sekaligus turut menjadi bintang iklan.

Namun begitu, baru-baru ini satu pended@han daripada media Thailand, Thairath menjadi bualan ramai mengenai jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa penyanyi berusia 23 tahun itu bagi menghadiri acara atau mahu menjadikan dia sebagai bintang iklan.

Berikut merupakan bayaran diterima oleh Lisa Blackpink ini:

5 juta baht (RM 671,000) untuk penampilan dua jam bagi satu acara

10 juta baht (RM 1.34 juta) untuk penampilan dalam drama

15 juta baht (RM 2 juta) untuk penampilan dalam filem

20 juta baht (RM 2.7 juta) untuk pengiklanan produk

Jika benar jumlah bayaran itu, ia tidaklah terlalu mengejutkan. Ini kerana Lisa Blackpink sangat popular di seluruh dunia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Bayaran untuk iklan produk Lisa Blackpink ‘b0cor’, raih RM2.7 juta!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*