‘Dulu 3 Saf, Kini 7’ – Insentif RM3 Untuk Kanak-Kanak Subuh Berjemaah Di Masjid Dapat Sambutan

Pada kebiasaannya, suasana di masjid dilihat kurang meriah ketika waktu Subuh kerana tidak ramai individu yang berkesempatan untuk menunaikan solat itu secara berjemaah berbanding waktu-waktu solat yang lain. Bahkan, kelibat kanak-kanak juga jarang dilihat ketika waktu itu kerana mereka secara kebiasaannya akan bangun dan bersiap untuk pergi ke sekolah.

Bagaimanapun, tindakan jawatankuasa masjid di satu penempatan ini harus dipuji apabila mereka mengambil inisiatif yang baik dan kreatif demi menggalakkan lebih ramai kanak-kanak memeriahkan rumah Allah ketika waktu Subuh.

Beri RM3 sebagai insentif

Menerusi laporan Harian Metro, masjid Batu 2 1/2 Mak Chili menjalankan kempen dengan memberikan wang saku sebanyak RM3 kepada setiap kanak-kanak yang menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid itu.

Timbalan Pengerusi masjid tersebut, Johan Ismail berkata, kempen yang sudah bermula sejak 1 Januari lalu itu ternyata telah mendorong lebih ramai kanak-kanak di kawasan itu untuk hadir ke masjid setiap pagi dan berjemaah bersama-sama sebelum pergi ke sekolah.

Pada hari pertama, 50 pelajar sahaja hadir solat Subuh berjemaah di masjid itu, tetapi sekarang jumlah kehadiran lebih 80 pelajar.

Selepas solat Subuh berjemaah, mereka perlu mendengar tazkirah ringkas selama 10 hingga 15 minit terlebih dahulu sebelum beratur dan diserahkan insentif itu oleh ahli jawatankuasa masjid.

Bantu golongan memerlukan

Menurut Johan, pemberian insentif tersebut juga sebenarnya dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan dan bukan sekadar untuk memberikan penghargaan semata-mata.

Jelasnya, pemberian insentif itu merupakan hasil sumbangan daripada orang ramai yang menyumbangkan ia ke dalam tabung masjid dan dijangka akan diteruskan sehingga bulan Februari mengikut kepada sambutan yang diterima.

Tidak semua pelajar dan murid di kawasan ini terdiri daripada golongan berkemampuan. Oleh itu, pemberian insentif itu secara tidak langsung memberi manfaat kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Bagi pelajar dan murid berkemampuan, mereka boleh menyimpan wang sekiranya tidak berbelanja di sekolah.

Sejak kempen tersebut dijalankan, Johan berkata saf solat Subuh yang sebelum ini hanya tiga kini sudah bertambah kepada tujuh saf.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "‘Dulu 3 Saf, Kini 7’ – Insentif RM3 Untuk Kanak-Kanak Subuh Berjemaah Di Masjid Dapat Sambutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*