Sudah Mula Aktif & Gigi Sudah Tvmbuh, Ini Antara Perkembangan Positif Adik Ainul Mardhiah

Menunjukkan tanda positif selepas menjalani pemb3dahan membuang ‘Germ Cell Tumor’ di mulut, bayi kesayangan ramai iaitu Ainul Mardhiah, semakin aktif dan l@sak sejak belakangan ini. Menerusi laporan Harian Metro, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi perkembangan terkini anaknya. Alhamdulillah!

Air liur kerap mengalir

Menurut Ahmad Safiuddin, sejak seminggu ini, gusi anaknya itu semakin bengkak disebabkan giginya hendak tumbuh lagi. Tambahnya, perubahan tersebut dapat dikesan apabila air liur anaknya kerap mengalir. Terdahulu, gigi bawah Ainul sudah mulai tumbuh selepas dia menjalani pemb3dahan di United Kingdom (UK). Berat badannya juga mengalami perubahan yang positif.

Setiap bulan, kami akan membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di H0spital Melaka untuk memantau perkembangan hasil pemb3dahan yang dijalankan di United Kingdom (UK), tahun lalu. Pemeriksaan ini termasuklah menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

Setakat ini, alhamdulillah selepas enam bulan pemb3dahan berlangsung, perkembangannya cukup baik. Kami bersyukur kerana d0ktor p@kar dari H0spital Kuala Lumpur (HKL) datang ke H0spital Melaka setiap bulan, sekali gus memberi kesempatan untuk turut memantau perkembangan Ainul yang masih tetap memakai 0ksigen.

Bayi kesayangan rakyat Malaysia

Sejak pemb3dahan yang dijalankan berjaya, masyarakat Malaysia sentiasa ingin melihat perkembangan Ainul. Ahmad Safiuddin memberitahu bahawa perkembangan kesihatan anaknya itu cukup baik dan masih perlu dipantau secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan lagi. Sebagai bapa, dia bersyukur ramai pihak sayang dan mengambil berat mengenai kesihatan anaknya itu.

Setiap Khamis juga, kami menjemput juru fisioterapi untuk datang ke rumah bagi membolehkan Ainul menjalani rawatan secara intensif untuk proses pembesarannya. Alhamdulillah, Ainul memang aktif malah akan menggapai apa sahaja termasuk wayar di badannya.

10 Jun tahun lalu, Ainul telah menjalani pemb3dahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selama lima jam di h0spital kanak-kanak di London. Pemb3dahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi oleh Dr Nur Amalina dan beberapa orang p@kar b3dah dan anestetik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "Sudah Mula Aktif & Gigi Sudah Tvmbuh, Ini Antara Perkembangan Positif Adik Ainul Mardhiah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*