Pernah Lihat Ibu Cuba Bvnuh Diri, Datuk Nadzim PPIM Buka Cerita PasaI Puteri BaIqis Yang Ramai Tak Tahu

Nama bintang cilik ternama, Puteri Balqish yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik 2014 itu menarik perhatian PPIM apabila melihat keazaman adik Puteri meneruskan kehidupannya dengan menjual buku puisi karyanya demi menanggung diri dan ibunya selepas ditinggalkan oleh bapa.

Meskipun puteri mempunyai peny4kit kronik, namun anak muda ini terus tabah dalam meneruskan memperjuangkan hidupnya. Pengalaman hidup mengajar dirinya menjadi kuat selepas menyaksikan ibunya beberapa kali mencuba untuk membnvh diri.

” Saya sokong tindakan dia (Puteri Balqish) yang berusaha menyara diri dan ibu dengan menulis. Seorang anak muda berusia 13 tahun yang dulunya “home school” boleh menulis dan berkarya sebaik ini.

” Namun, masyarakat kini kurang menilai dan menghargai kerana seperti yang dilihat dia yang tiada pendapatan pun masih boleh hidup melalui buku seperti ini, maka rugilah kepada sesiapa yang tidak berusaha,” kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau Toqqi.

Menurutnya lagi, perlu ada agensi yang membantu untuk mengasah dan memasarkan bakat serta kelebihannya sebaik mungkin. Hal ini kerana ia mungkin dapat membantu dirinya di masa akan datang supaya dapat memperoleh pendapatan untuk menyara hidup.

” PPIM akan cuba sebaik mungkin untuk berbuat sesuatu dan kami turut mengharapkan sokongan orang ramai supaya melihat kembali bagaimana mereka mengambil ringan dalam menghargai kelebihan generasi muda,” tambahnya.

PPIM menggesa pihak Zakat untuk menghulurkan bantuan kepada Puteri dan ibunya supaya dapat meringankan beban mereka dan membantu menanggung kos sara hidup.

Dalam pada itu menerusi program Bersamamu di TV3, dipaparkan bagaimana Puteri Balqis yang juga pelakon Akulah Balqis menjual buku ‘38 Poems Of Puteri Balqis’ hasil tulisannya di sekitar Masjid Jamek, Masjid India, Pasar Seni atau Jalan Petaling di ibu negara.

” Kalau tak banyak jualan hampa sikit. Tapi, tidak mengapa, ujian itu indah,” kata Puteri Balqis.

Sementara itu, ibunya mengakui tidak berhubung dengan sesiapa kerana selesa hidup berdua dengan anaknya.

” Kami tidak berhubung lagi dengan sesiapa.Lebih kepada kami berdua. Sebab, manusia di dunia ujiannya berbeza.

” Jadi, kami lebih senang jika berdua saja dan hadapi berdua. Sebab Puteri pun lebih senang bercakap dengan saya. Jiwanya sensitif sangat,” katanya.

Malah, kehidupan makin terhimpit apabila kesihatan Balqis mula terganggu pada 2018.

Dua beranak itu juga pernah dih@lau dari rumah lama kerana tidak mampu membayar sewa bulanan sebelum berpindah ke rumah sewa sekarang di Shah Alam.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : FB Page PPIM dan hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: SLAMBER MEDIA

Be the first to comment on "Pernah Lihat Ibu Cuba Bvnuh Diri, Datuk Nadzim PPIM Buka Cerita PasaI Puteri BaIqis Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*