Ada Yang D@kwa Nama Balqis Bawa S1al? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Kisah sedih pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis yang pernah menjulang nama sebagai Pelakon Terbaik Wanita di Anugerah Televisyen Asia menjadi v1ral di media sosial, baru-baru ini.

Puteri Balqis atau panggilan manjanya Aqish dikatakan melalui kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri di sekitar Kuala Lumpur.

Namun, di sebalik kisah berkenaan, timbul pula d@kwaan segelintir netizen yang mengatakan masalah dialami Balqis berpunca dari namanya sendiri.

Menerusi satu posting oleh seorang individu, dia berkata seorang ustaz telah memberitahu nama Balqis sebenarnya membawa maksud yang tidak baik.

Ustaz itu kemudian menasihatkan supaya tidak meletakkan nama Balqis jika tidak mahu p3nyakit pelik yang datang.

“Ustaz itu terangkan dekat perubatan Islam nama Balqis banyak dalam k3s m1steri.

“Nama sebenar Balqis juga adalah ketua j1n,” katanya.

Rata-rata netizen kemudian tidak berpuas hati dengan tomahan berkenaan, malah turut membawa isu tersebut terus kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk mendapatkan maklumat yang lebih sahih.

Menjelaskan keadaan tersebut, Zulkifli berkata, perkara berkenaan adalah tidak benar.

“Tak benar. Sabda Nabi SAW: Tiada kepercayaan sial di dalam Islam. Sahih Muslim (2224),” katanya menerusi Twitter.

Penjelasan Mufti itu sekali menjawab segala persoalan dan dakwaan yang v1ral di media sosial ketika ini.

Terdahulu kisah mengenai Puteri Balqis tular selepas satu stesen televisyen memaparkan sedutan temu bual kehidupannya dalam sebuah progam.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Ada Yang D@kwa Nama Balqis Bawa S1al? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*