Tidur Di Jalanan Ketika Cari Kerja, Dapat Mesej Ibu Men1nggal Selepas Beberapa Hari Phone ‘M@ti’

Peningkatan kos sara hidup telah menyebabkan ramai individu sanggup berhijrah dari kampung halaman masing-masing  ke kawasan bandar seperti Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari rezeki. Biarpun mengetahui cabaran serta kesukaran yang bakal ditempuhi, keputusan tersebut perlu diambil dengan harapan agar kehidupan bakal menjadi lebih baik meskipun terpaksa meninggalkan insan tersayang di kampung.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial kisah menyayat hati seorang individu apabila dia telah menerima sebuah berita yang paling meny3dihkan dalam hidupnya di saat sedang berusaha mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

Tidur di jalanan

Menerusi perkongsian yang dibuat seorang individu di laman Twitter @KecharaSoupK, dia menceritakan kisah sed1h seorang kenalannya yang dikenali sebagai Faizal.

Menurut individu itu, Faizal telah datang ke Kuala Lumpur sejak tiga minggu lalu bagi mencari pekerjaan buat dirinya. Apa yang menyedihkan sepanjang tempoh tersebut, Faizal dikatakan terpaksa menjadi seorang gelandangan dan tidur di jalanan kerana kehabisan wang.

Malah bukan itu sahaja, telefon bimbit milik Faizal juga sering ‘mati’ kerana tidak mempunyai bateri yang mencukupi sehingga menyebabkan lelaki itu sukar untuk menghubungi dan dihubungi oleh orang lain.

Dapat pesanan ibu men1nggal dunia

Menurut individu tersebut, apa yang menyayat hati, sejurus sahaja telefon bimbit milik Faizal itu berjaya dihidupkan, dia telah menerima banyak panggilan tidak dijawab dan pesanan daripada abangnya yang memaklumkan bahawa ibunya di kampung telah men1nggal dunia.

Bagaimanapun katanya, lebih malang buat Faizal apabila dia tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung halamannya di Muar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada ibunya.

Netizen sed1h

Kisah yang dikongsikan individu itu telah mendapat perhatian netizen di Twitter yang rata-ratanya bersimpati dan turut bersed1h dengan nasib yang men1mpa Faizal.

Malah, ada dalam kalangan mereka juga cuba memberikan bantuan kepada Faizal selain turut berharap agar urusannya untuk mencari pekerjaan dipermudahkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment on "Tidur Di Jalanan Ketika Cari Kerja, Dapat Mesej Ibu Men1nggal Selepas Beberapa Hari Phone ‘M@ti’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*