Playb0y panjang tangan! Baik dengan keluarga artis popular kemudian cvri duit, barang kemas – “Tak sangka perangai sebab pernah imamkan solat”

PATUTLAH hari tu tetiba minta duit. Lama menghilang lepas tu minta duit. I memang tahu sangat perangai playb0y dia ni tapi tak sangka sampai mencvri dah sekarang ni.”

Demikian kata seorang gadis selepas sikap panjang tangan seorang pemuda berasal dari Terengganu yang dikenalinya terkant0i di Twitter.

Semuanya gara-gara tweet pelakon Nelydia Senrose yang berkongsi kisah lelaki berusia 23 tahun itu mencvri barang kemas dan duit keluarganya sehingga menjadi tular di platform media sosial itu.

“Salam. Pada siapa yang mengenali Mohd Badrul Hisyam bin **** berusia 23 tahun dan menuntut di UIA Gombak tolong berhati-hati dengan budak ini. Budak ni dah mencvri barang kemas dan duit my mum and my whole family,” katanya.

Adik Nelydia, Farza turut berkongsi posting kakaknya itu berkaitan kisah pemuda tersebut di Twitternya sehingga mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen meluahkan simpati dengan ins1den menimpa keluarga Nelydia dan berharap agar pemuda itu segera dit4ngkap.

“Muka handsome dan muda lagi tapi panjang tangan. Aduhai semoga dia cepat dit4ngkap nanti dan terima balasannya,” kata Siti.

“Ya Allah, mende la kau buat ni Bad. Mohon maaf ye, UIA ni banyak je kawan dia temasuk saya sekali. Tapi tu lah, pelik tib-tiba Bad ni hilang. Ingatkan dah bergaul dengan artis-artis sepenuh masa. Rupanya buat perangai,” kata Mujahid.

Malah netizen turut berharap agar pemuda itu digantung pengajiannya kerana perbuatannya itu.

Namun beberapa individu yang mengenali pemuda itu mendedahkan dia sudah dibuang universiti.

Gambar pemuda dikenali sebagai Bad turut tular di Twitter.

“Memang dah kena dismiss sebab result tak elok ke macam mana tak pasti. Cerita dia memang dia dah tak study UIA pun. Tapi dia stay je kat area Klang Valley time orang semua masuk sem sebab tak nak bagi parents dia tahu yang dia dah kena dismiss,” kata Badiuzzamann.

Adik kepada Nelydia, Muhammad Farza Dida Qirana, 16, turut berkongsi semula posting kakaknya itu di Twitter.

Muhammad Farza atau lebih mesra disapa Farza ketika dihubungi mStar berkata pemuda yang dikenali sebagai Bad itu sebenarnya amat rapat dengan keluarganya kerana dia pernah bekerja dengan salah seorang kakaknya yang mengusahakan perniagaan katering.

Seminggu lepas tu barulah mak decide nak confront dia dan dia pun mengaku buat semua tu. Saya sendiri pun tak sangka perangai dia macam tu sebab dia pernah imamkan solat di rumah.

MUHAMMAD FARZA DIDA QIRANA

“Dia sebenarnya pernah kerja dengan kakak saya buat katering. Jadi dia selalulah datang rumah kami lepak-lepak sekali situ. 

“Memang kami agak rapat sebab dia kerja dengan kakak saya pun dah dua tahun sejak dia masih belajar di UIA lagi,” katanya.

Farza mendedahkan mereka sekeluarga tidak mengesyaki perbuatan l1cik pemuda itu sehinggalah dia terkant0i pada November tahun lalu.

Farza bersama dua kakaknya dan juga seorang rakan mereka ketika bercuti di Paris, Perancis.

“Sebelum ni duit saya dalam wallet selalu hilang. Tapi saya tak boleh nak tuduh sebab tak ada bukti. Jadi saya just fikir saya sendiri yang careless.

“Tapi bulan November tahun lepas dia sendiri mengaku dia buat. Sebab masa tu gelang emas mak saya hilang kat rumah. Mak saya tak nak syak dia lagi. Jadi mak pun buat solat hajat dan berdoa. 

“Seminggu lepas tu barulah mak decide nak confront dia dan dia pun mengaku buat semua tu. Saya sendiri pun tak sangka perangai dia macam tu sebab dia pernah imamkan solat di rumah,” katanya.

Jelas Farza lagi, lap0ran pol1s sudah dibuat pada November tahun lalu tetapi pemuda itu masih lagi bebas.

“Lepas dia mengaku tu mak bawa pergi balai polis. Dia sebenarnya dah disabitkan kesalahan sekarang ni dan hanya tunggu masa untuk perbicaraan di mahk@mah.

“Sebenarnya kakak saya tweet tu hanya mahu nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pemuda itu sebab dia masih lagi bebas sekarang,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar via APPLE HIJAU

Be the first to comment on "Playb0y panjang tangan! Baik dengan keluarga artis popular kemudian cvri duit, barang kemas – “Tak sangka perangai sebab pernah imamkan solat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*