“Sebelum m3ngata laki aku tengok laki sendiri dulu!” – Isteri Rahim Sepahtu d3dah ada pihak cuba r0sakkan rumah tangga

ISTERI kepada pelawak Rahim (Sepahtu), Kolin memberi amaran kepada beberapa individu agar tidak mencampuri urusan rumah tangga dengan menyebarkan maklumat p@lsu mengenai keluarganya.

Kolin atau nama sebenarnya Norazlin Abdullah, 43, berkata, dia sudah mengenali Rahim sebelum suaminya itu bergelar selebriti.

“Aku dah lama kenal Rahim sebelum dia bergelar artis lagi, sebelum anda semua mengenali dia. Aku kenal dia dari orang tak pandang dia sampai orang kenal dia walau kemana saja dia pergi. Orang yang dulu tak mengaku kawan sekarang tiba-tiba mengaku brotherhood.

Kolin memberitahu dia bahagia di samping suami dan anak-anak.

“Apa yang aku nak cakapkan dekat sini, jangan cabar atau provok aku. Jangan berani untuk buka ruang ke arah itu. Jangan cuit laki atau anak-anak aku.

“Sebelum korang nak mengata laki aku, tolong tengok laki sendiri dan tanya, layakkah korang untuk mengata fasal suami orang lain? Cermin diri sendiri sebelum bercakap. Sekali aku dah buka mulut, percayalah, lebih banyak untuk aku cakap lepas ni,” katanya.

Kolin berkongsi mengenai luahan hatinya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Ahad.

Selain itu, Kolin berkata, dia berasa terkilan terhadap beberapa individu dipercayai cuba mer0sakkan hubungan dia dan suaminya dengan melaga-lagakan mereka di media sosial.

 

Aku tak perlu buktikan dekat korang apa yang dia buat dekat aku untuk orang pandang mulia dekat dia.

NORAZLIN ABDULLAH

ISTERI RAHIM SEPAHTU

Kolin turut menafikan tudvhan kononnya Rahim seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan berkelakuan bvruk terhadapnya.

Kata Kolin, pelawak itu sebaliknya merupakan seorang suami yang penyayang malah sanggup berkorban apa sahaja untuk membahagiakan keluarga.

“Aku bukan jenis yang nak can@ng satu dunia apa yang dia beri pada aku. Aku tak perlu bagitahu yang laki aku bagi aku dua biji rumah, dua biji kereta yang aku tak pernah bayar sesen pun, bagi aku pembantu rumah sebab taknak aku buat kerja, tah1 kucing pun aku tak pernah buang.

“Bayar insurance aku setiap tahun sebab dia nak aku jaga diri aku, jaga rumah, anak-anak dan mak untuk dia. Walhal dia lelah kerja siang malam cari nafkah untuk aku dan keluarga aku untuk senangkan dan bahagiakan aku, untuk buat aku tersenyum setiap kali aku nampak dia.

“Alhamdulillah, Allah sentiasa ada untuk kuatkan semangat dia demi keluarga tercinta. Hanya Allah tahu apa yang dia lalui jadi nikmat apa yang aku nak nafikan lagi? Aku tak perlu buktikan dekat korang apa yang dia buat dekat aku untuk orang pandang mulia dekat dia.

Antara perkongsian dimuat naik Kolin ke Insta story.

“Tapi percayalah, itu sebahagian saja. Banyak lagi benda lain tapi aku tak rasa nak beritahu. Even apa aku buat untuk hidup, bukan untuk kau dan bukan untuk orang lain… itu prinsip hidup aku.

“Sekali lagi benda sama jadi, aku akan bercakap sampai mata kau berdarah. Ya Allah, rasa t3ruk cakap macam ni tapi korang yang buat aku, korang yang sak1tkan aku,” tulisnya.

Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama.

Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, 24, Aidil Aiman, 20, Airina Shazlein dan Harith Haikal, 16.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Sebelum m3ngata laki aku tengok laki sendiri dulu!” – Isteri Rahim Sepahtu d3dah ada pihak cuba r0sakkan rumah tangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*