“Selesai Persembahan Dia Terus Jumpa Saya Dan Saya Terus Peeluk Dia,” – Ali Puteh Cerita Elemen Em0si, Buat Semua S3bak

“Saya ada berbincang dengan anggota Puteh yang lain.” Itu kata Ali Puteh apabila ditanya mengenai sunntikan em0si yang diberikan Puteh pada penghujung persembahan pusingan kedua pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019)yang berakhir malam tadi.

Puteh yang dianggotai oleh Ali Puteh, Mamak Puteh dan Man Raja Lawak dinobatkan sebagai juara MLM 2019 mengetepikan empat kumpulan lainnya.

Menerusi persembahan ‘Kenduri’ yang dibawa Puteh, penonton yang memenuhi tempat duduk di Royal Theatre, Shah Alam tersentuh apabila Ali turut memberi dedikasi atas pemergiaan puteri keduanya, Allahy4rham Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

“Anak saya meninggal pada minggu kelima pertandingan, tapi saya simpan mengenai hal itu. Bermula dari minggu kelima, saya cakap tolonglah saya tak mahu ‘main’ langsung atau isu melibatkan arw4h.

“Anak saya meningg4l dunia pada Selasa dan Jumaat saya masih teruskan persembahan. Saya tak mahu isu ‘kesian…’. Saya tak nak langsung sebab kita berada di pentas komedi.

“Orang hanya mahu ketawa, kalau kita sajikan dengan perkara itu ia ibarat satu benda klise yang menampakkan kita cuba tarik perhatian,” jelasnya kepada MH.

Ali berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah reaksinya andai ada penerimaan berbeza dari penonton terhadap persembahan yang dibuat.

Jelasnya lagi, penekanan terhadap kualiti persembahan terakhir adalah lebih menjurus kepada komedi dan apakah mesej yang ingin disampaikan.

“Ketika di malam final, saya ada beritahu Mamak kita tekankan dengan elemen komedi dan content dan pada 30 saat terakhir baru kita ‘twist’. Maknanya kenduri yang dilakukan ialah untuk apa. Tapi kalau daripada awal, kita sentuh mengenai hal lain.

“Maknanya kita tidak terapkan ia daripada awal. Kalau kata nak mainkan isu itu daripada awal, lagi menangkap. Tapi saya rasa tak perlu, tak adil untuk pertandingan seperti ini. Untuk menang RM500,000 main dengan elemen sebegitu, rasanya tak sesuai,” katanya.

Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Ali turut akui isterinya tidak diberitahu awal mengenai apakah intipati persembahan yang akan dilakukan pada malam final.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Persembahan kedua pun 5 ha!! Adakah Puteh juara musim ini?? . Saksikan Maharaja Lawak Mega LIVE + dan undi OPPO UNDIAN ONLINE di www.gempak.com/maharajalawakmega . #maharajalawakmega #Lawakberapiapi #MLM2019 #PUTEHMLM2019 #OPPOReno2

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

“Saya tak ada beritahu apa content yang bakal dibuat, selalunya dia tanya. Cuma di belakang pentas saya cakap, ada suprise tau malam ni. Lepas selesai persembahan dia jumpa dan saya terus peluuk dia. Saya cakap inilah yang saya cuba ketengahkan, insyaAllah.

“Dia kata kenapa tak bagitahu, saya cakap kalau beritahu nanti ia tak akan menjadi. Yang tahu hanyalah pihak produksi malah peserta lain pun tak tahu. Kita rehearsal hari Khamis dan perfom hari Jumaat,” ujarnya.

Terdahulu, Puteh turut menerima Oppo Punchline Machine, iaitu peserta yang mendapat markah tertinggi daripada pihak juri.

Zero ditempat kedua dengan membawa pulang wang tunai RM250,000 beserta trofi sementara tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey.

Puteh Final Maharaja Lawak Mega 2019 – Lisa Surihani menangis

 

Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad berjaya meraih hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi.

Dua lagi finalis J-born dan Rare diumumkan sebagai pemenang keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000 selain trofi kemenangan.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, MLM 2019 berlangsung selama 11 minggu di Royal Teater, Shah Alam manakala Datuk Jamal Abdillah, Inul, Najip Ali serta Lisa Surihani pula dipilih sebagai juri tetap musim ini.

Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, tiga bulan, meningg4l dunia November lalu selepas disahkan menghiap masalah injap j@ntung terbalik dan j@ntung berlubang.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mempunyai seorang lagi cahaya mata, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang kini mencecah usia tiga tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MH via APPLE HIJAU

Be the first to comment on "“Selesai Persembahan Dia Terus Jumpa Saya Dan Saya Terus Peeluk Dia,” – Ali Puteh Cerita Elemen Em0si, Buat Semua S3bak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*