“Ketika Dengar Suaranya, Saya Terus Menangis,” – Ajak Cerita Ins1den Menimpa Adik, Sempat Minta Maaf Sebab…

“Alhamdulillah, kini sudah stabil.” Itu kata Ajak apabila ditanya mengenai keadaan terkini adiknya yang dipercayai mengalami kec3deraan sewaktu menjalankan tugas.

Atas ins1den yang berlaku, adik kepada bekas pengacara Melodi itu alami mel3cur kebak@ran tahap dua.

“Buat masa sekarang, bahagian kulit yang terkena kesan keb@karan sudah pun dibersihkan. Apapun saya bersyukur kerana adik saya masih lagi boleh bersembang.

“Bila saya jumpa dengannya, dia minta maaf pada saya dan menangis. Katanya dia mohon maaf kerana serabutkan kepala saya, sehari sebelum final.

”Ketika dengar suaranya tu, saya terus menangis dan pada ketika itu, saya rasa final MLM (Maharaja Lawak Mega) saya tak penting langsung. Saya rasa hal ini lagi penting berbanding benda lain.

“Atas kec3masan yang berlaku saya ada beritahu Pak Ya dan Ropie, tak dapat nak datang untuk lalukan rehearsal. Lalu Abang Ropi cakap, tak mengapa selesaikan yang mana perlu dulu. Jangan risau, kami mendoakan yang terbaik untuk adik hang.

”Tapi pesan Pak Ya buat saya tak boleh lupa. Katanya… Ajak, kau teruskan apa yang kau rasa patut dan kiranya kalau kita gagal dekat sini, kami tak kan rasa kec3wa. Adik mika lebih penting,” jelasnya.

Ditanya apakah punca kecel@kaan menimpa terhadap adiknya itu, Ajak memberitahu ia berlaku secara pantas ketika adiknya sedang proses memasang penghawa dingin.

“Waktu itu, dia tengah nak pasang aircond, akan tetapi mungkin percikan api ketika kerja ‘welding’ itu, terkena pada gas yang mungkin ada kebocoran kecil.

“Lalu, menyebabkan ia meletup dan ketika itu adik saya berdua dan dia minta rakannya keluar kerana adik saya mahu cuba untuk tutup suis utama,” katanya lagi.

Terdahulu dalam saingan akhir MLM 2019 yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam pada jumaat, Rare yang turut dianggotai Ropie dan Pakya diumumkan sebagai pemenang tempat kelima.

Atas kemenangan yang diraih, kumpulan berkenaan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi.

Sementara kumpulan Puteh pula diumumkan sebagai juara MLM musim ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Ketika Dengar Suaranya, Saya Terus Menangis,” – Ajak Cerita Ins1den Menimpa Adik, Sempat Minta Maaf Sebab…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*