Lagu 20/20 Viral Selepas 28 Tahun, KRU Tak Sangka!

Anggota kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim tidak menyangka muzik video lagu mereka yang berjudul 20/20 menjadi viral sejak dua minggu lalu.

Tambahan lagi kata Norman, lagu tersebut pernah diharamkan di RTM kerana lirik 2020 disebut dalam bahasa Inggeris iaitu ‘two zero two zero’.

“Hanya disebabkan lirik 2020 itu saya tulis untuk disebut dalam bahasa Inggeris, ia diharamkan RTM. Selepas mengambil kira syarat penyiaran ditetapkan RTM, maka sebutan ditukar kepada ‘dua puluh dua puluh’.

“Tetapi itu atas dasar profesional, walaupun RTM pernah mengharamkan lagu 20/20, tetapi mereka masih bekerjasama dengan KRU dalam menghasilkan muzik videonya,” katanya.

Lagu yang lirik ditulis Norman mengenai Wawasan 2020 itu dimuatkan dalam album sulung KRU berjudul Canggih pada 1992.

Lebih melucukan, selepas viral lagu tersebut dikaitkan pula dengan keadaan semasa pol1tik negara kerana di dalam liriknya terkandung perkataan ‘bersatu’ dan ‘harapan’ merujuk kepada P@rti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan Malaysia. .

Ada netizen berseloroh dengan mengatakan KRU sudah meramal masa depan pol1tik sejak tahun 90an.

“Semua adalah kebetulan dan tak ada kena mengena dengan pol1tik negara. Lagu itu sekadar inspirasi semangat menuju wawasan.

“Kami sama sekali tidak meramalkan masa depan,” kata Norman.

Tambah Norman, dia bersama Yusry dan Edry mendapat ilham menghasilkan lagu itu untuk menyahut seruan Wawasan 2020 yang dilancarkan Tun Dr Mahathir Mohamed (Tun M) yang ketika itu Perdana Menteri keempat.

“Malaysia ketika itu sedang menuju ke arah negara maju. Tun M pula seorang negarawan dan pemimpin dihormati dunia. Kami pula bersemangat menghasilkan lagu mengajak golongan muda bersatu padu dan kuat bekerja demi mencapai Wawasan 2020.

“Ia tak ada kena mengena dengan pol1tik. Ketika kami mencipta lagu itu, Tun M pun tidak tahu mengenainya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Lagu 20/20 Viral Selepas 28 Tahun, KRU Tak Sangka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*