“Kemal@ngan Di Tempat Kerja, Adik Saya Mel3cur Tahap Dua” – Dug@an Ajak Menjelang Final MLM 2019

Anggota kumpulan Rare di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Ajak didvga apabila adiknya dikenali sebagai Fitri ditimpa kemalangan di tempat kerja pada Khamis.

Ajak ketika dihubungi Gempak berkata, dalam kemal@ngan tersebut adiknya mengalami mel3cur tahap dua dan kini sedang menerima rawatan di H0spital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Buat masa ini apa yang boleh saya kongsi, adik saya terb@kar dan mel3cur tahap dua. Saya belum lagi bertanya kepada dia mengapa dan bagaimana kem@langan tersebut boleh berlaku.

“Biar d0ktor buat rawatan dahulu dalam masa sama mahu adik berehat kerana sudah tentu dia berada dalam keadaan travma dan masih terkejut,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah kau selamatkanlah..Sama2 doakan adik saya ye..Baru ni kemalangan kat tempat kerja… Semoga kau selamat fitri..Angah datang…

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Dalam pada itu, Ajak turut memohon maaf kepada dua lagi anggota Rare iaitu Ropie dan Pak Ya kerana tidak dapat memberikan komitmen pada sesi latihan MLM 2019.

“Saya tinggalkan rehearsal untuk final MLM 2019. Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang saya masih ada dekat h0spital.

“Saya terpaksa tinggalkan Pak Ya dengan Ropie berdua kat sana (Teater Shah Alam). Terima Kasih Pak Ya, Ropie sebab faham keadaan saya. Kita cuba buat yang terbaik esok (hari ini),” katanya.

Perkara tersebut turut dikongsi ajak di laman sosial Instagram (IG)nya dengan memuat naik paparan skrin perbualan Rare di aplikasi Whatsapp.

Hang (awak) jaga diri baik-baik. Abang dan Pak Ya settle kat sini. Kami mendoakan semoga adik hang cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” kata Ropie.

Sementara itu Pak Ya turut berpesan kepada Ajak supaya tidak perlu risau tentang dia dan Ropie sebaliknya kerana adik Ajak lebih penting buat masa sekarang.

“Tak apa Ajak, kami okay saja. Andai kata kita tak berjaya di sini, kami tak akan kecewa adik mike (awak) tu lagi penting,” katanya.

Rare akan berentap dengan empat lagi kumpulan iaitu Puteh, Zero, Bocey dan Jborn di pentas akhir MLM 2019 malam ini.

Juara bakal membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM500,000, tempat kedua RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000.

Sementara itu pemenang di tempat keempat dan kelima masing-masing bakal menerima trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000.

Jangan lupa saksikan pentas akhir MLM 2019, Jumaat ini jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau MLNAMA

KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Kemal@ngan Di Tempat Kerja, Adik Saya Mel3cur Tahap Dua” – Dug@an Ajak Menjelang Final MLM 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*