“Kalau Kau Bukak Harga Tu Dari Awal, Aku Tak Hadap Job Kau Tu” – Fezrul Khan B3ngang Dengan Produksi

Pelakon Fezrul Khan berang apabila terdapat pihak produksi yang didakwa cuba mempermainkan soal bayaran selepas menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran yang diberikan kepadanya.

Fezrul atau nama sebenarnya, Fezrul Khan Junaidi Khan, 38, berkata tindakan pihak tersebut yang menukar harga bayaran disifatkan seolah-olah cuba menganiaya dirinya.

“Kau tu b@ngang, kenapa kau lock aku, dari awal kau bersetuju dengan harga aku. Aku dah 20 tahun tak pernah ada masalah macam ni.

“Tiba-tiba saat akhir kau boleh pulak main harga dengan aku. Kalau kau buka harga tu dari awal. aku tak hadap job kau tu. Masalahnya kau main harga saat-saat akhir,” luahnya.

Pelakon drama Selafaz Cinta itu berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

 Perkongsiannya itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen termasuklah rakan artis yang pernah berdepan situasi sama.

“Haha dulu saya pernah kena. Deal lain, dah mula penggambaran  jadi lain. Lepas tu saya kena banned. Siot je ,” komen pelakon Shima Anuar.

Sebelum ini, pelakon Didie Alias juga turut bersuara apabila terdapat produksi yang mempermainkan isv hal bayaran lakonan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Kalau Kau Bukak Harga Tu Dari Awal, Aku Tak Hadap Job Kau Tu” – Fezrul Khan B3ngang Dengan Produksi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*