Parodi Jihan Muse Dengan Budak Loghat Kedah Buat Ramai Tertawa

Video gelagat seorang kanak-kanak yang lengkap berpakaian sekolah berbual dalam loghat utara menjadi perhatian ramai sejak minggu lalu. Malah ada juga yang membuat parodi cara kanak-kanak bernama Sumayyah ini bercakap sehingga tular di sosial media. Terbaru, Jihan Muse dan Bell Ngasi turut membuat parodi budak sekolah cakap utara ini.

Berikut adalah versi asal video Sumayyah yang menjadi tular di sosial media:

Dalam video terbaru parodi MeleTop ini kelihatan Jihan Muse melakonkan watak ibu kepada Sumayyah dan Sumay yang dilakonkan oleh Bell Ngasri. Beberapa minit pertama, adik Sumayyah berbual dengan Jihan Muse dengan menggunakan skrip sama seperti dalam videonya yang tular sebelum ini.

Kemudiannya Bell Ngasri yang melakonkan watak abang kepada Sumayyah mula bersuara kerana tidak berpuas hati layanan ibu kepada dirinya.

Video yang hanya berdurasi satu minit 50 saat itu sahaja sudah cukup membuatkan penonton berdekah.

Berikut adalah video parodi tersebut:

Video parodi ini telah meraih lebih 191,000 tontonan sejak dimuatnaik dua hari lalu.

Rata-rata netizen terhibur dengan video parodi ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Memang rare. Hat ni aku suka…gelak sambey tepuk dai.”

“Bel Ngasri cuba meniru character Ropi”

“Nohhh putaq pala ummi oww hahahah harey punya Jihan”

“Hahahha lawak. Tergeliat lehiaq cheq”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MeleTop / Twitter via HCL

Be the first to comment on "Parodi Jihan Muse Dengan Budak Loghat Kedah Buat Ramai Tertawa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*