Kisah Kereta Ditarik, Duit Sewa & Rindui Arw@h Ibu, “Hanya Mampu Tengok Gambar, Sedekah Al-Fatihah,” – Anak Lelaki Faziani Rohban Bercerita…

Tiada pengubat bagi kerinduan paling dalam kepada ibunda yang telah pergi.

Jelas anak pengasas produk kecantikan Dnars iaitu Iqbar Hakim Jasman ini, setiap kali kerinduan datang menerpa, hanya foto dan memori teks perbualannya bersama arw@h ibu jadi pengubat rindu.

“Setiap kali rindu arwah, saya hanya mampu tengok gambar dan sedekahkan Al-Fatihah. Mesej saya dengan arw@h sehingga hari ini saya simpan sebab banyak pesanan di dalamnya.

“Walaupun jasadnya sudah tiada, namun jiwa ibu dalam jiwa saya,” jelasnya kepada MH.

Sementara itu, Lelaki berusia 22 tahun ini sempat imbau kenangan sewaktu kecil di mana dia dan arw@h hidup susah senang senang bersama.

Malah, memori kereta ditarik dan tiada wang untuk membayar sewa rumah cukup kuat terpahat di ingatan.

“Arw@h ibu bukan berasal daripada orang senang dan saya sendiri sempat merasai kesusahan bersamanya. Bagi arw@h, membesarkan saya bukanlah satu tugas mudah dengan keadaan rumah tangga yang retak, besarkan saya sebagai ibu tunggal, kereta kena tarik, tak ada duit bayar cukai jalan, tak dapat bayar sewa rumah.

“Tetapi ibu tetap kuat kerana anak-anak. Selepas ibu berjumpa dengan ayah tiri, Tuan Haji Rizal, waktu itu mereka sama-sama bina perniagaan dan syukur berjaya sehingga ke hari ini,” katanya.

Usahawan muda ini bercerita ketika ditemui pada majlis minum petang Top Beauty Entrepreneur 2020 bersama majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE: Sepetang bersama Nona meraikan majlis high-tea TOP BEAUTY ENTREPRENEUR di Glam Hall, Damansara. Deco by @klweddingministry Event space @glamhall Doorgift brownies by @BXcafe_dessertsbykakti #nonatopbeauty #majalahnona #nonasuperwoman ~E.

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on

Biarpun masih terlalu mentah dalam dunia perniagaan, namun berkat didikan arw@h yang sering ‘mengheret’nya ke hulu ke hilir demi memberi pendedahan, anak sulung daripada lapan beradik itu kini lebih yakin terajui legasi bisnes ibunya.

“Sejak dahulu ibu selalu heret saya untuk fahami selok belok dunia perniagaan kosmetik. Jujurnya saya tidak minat, saya memang minat berniaga tapi bukan dalam bidang kosmetik.

“Hakikatnya, jalan yang Allah tetapkan cukup cantik. Dalam masa setahun dia ajar saya dan harus akur, di sinilah cerita saya selepas ibu men1nggal dun1a.

“Alhamdulillah adik-adik semua memahami. Cuma adik-adik yang besar agak sukar kerana mereka sedang membesar lebih-lebih lagi adik perempuan.

“Nak jaga adik perempuan bukan senang, dan bila orang tanya bila saya nak kahwin, jawapan saya, tunggu adik perempuan saya kahwin dulu,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Iqbar menerima pengiktirafan Inspirasi Nona Beauty Award bagi pihak arw@h ibunya, arw@h Faziani Rohban Ahmad di majlis berkenaan.

Foto : Instagram Nona

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH 

Be the first to comment on "Kisah Kereta Ditarik, Duit Sewa & Rindui Arw@h Ibu, “Hanya Mampu Tengok Gambar, Sedekah Al-Fatihah,” – Anak Lelaki Faziani Rohban Bercerita…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*