MLM2019: “Antara Usapan Dan Belaian Akhir Buat Abah…”- Khir Rahman Rindu Bapa

Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019), Khir Rahman mengimbas kembali kenangan terakhir bersama arw@h bapa kesayangannya, Datuk A Rahman Hassan.

Menurut Khir, keh1langan bapanya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.

Menerusi coretan yang dimuat naik di posting terbaru akaun Instagramnya itu juga turut disertakan video pendek yang merakamkan Khir sedang mengusap lembut rambut arw@h bapanya.

“2019 Abah pulang, Khir mula belajar hidup tanpa Abah. Terlalu banyak ilmu dan harta yang telah Abah tinggalkan buat Khir jua keluarga… Abah sentiasa ada di mana-mana, pada bila-bila masa.

“Mohon Abah ditempat yang paling baik… Yang Abah tidak akan haus atau lapar… Yang Abah tidak akan panas atau sempit… Yang Abah tidak akan sak1t atau sed1h,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khir juga memaklumkan kejayaan yang dikecapi pada tahun 2019 bukanlah alasan untuk dia menjadi seorang yang lalai.

“Alhamdulillah… Ada macam-macam Khir kecapi 2019 ini namun ia takkan melalaikan Khir untuk mengingati Abah yang telah pulang dalam keadaan yang paling aman, yang paling manis senyumannya.

“Khir abadikan video ini di sini antara usapan dan belaian terakhir Khir buat Abah, dahi dan rambut mu yang masih mampu Khir ingat nyaman kasihnya, #31dis #2019,” tulisnya.

Dalam perkembangan terbaru, Khir kini sedang sibuk membuat persiapan untuk pusingan akhir MLM2019 bersama kumpulan JBORN (Joey dan Vicha) yang bakal berlangsung esok.

Jangan lupa saksikan MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau MLNAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "MLM2019: “Antara Usapan Dan Belaian Akhir Buat Abah…”- Khir Rahman Rindu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*