“Beberapa Bulan Saja Lagi, Berdebar Rasanya,”- 6 Bulan Kahwin, Dayana & Hadi Mazlan Bakal Timang Anak Sulung

Pasangan suami isteri, Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana mengumumkan berita gembira apabila mereka bakal menimang cahaya mata sulung.

Perkara itu dikongsikan Dayana yang popular dengan drama bersiri kanak-kanak, Elly & Epit di Instagramnya apabila dia berkongsi foto ultra sound kandungannya.

 

“Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu).

“Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik.

“Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat.

“Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‎ما شاء الله Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu). . Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik. Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat. Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian. Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang mandul. Sabda Nabi: “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).

A post shared by دايانا (@dayanaamerda) on

Sementara itu, Hadi sudah bersedia menggalas tanggungajawab sebagai ketua keluarga dalam memimpin isteri dan bakal anaknya itu.

“Beberapa bulan lagi kami berdua akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah pada anak sulung yang pertama insyaAllah.

“Ini merupakan suatu amanah yang sangat besar dan sekaligus anugerah yang sangat bermakna buat kami.

“Bagi pasangan di luar sana, jika belum memiliki cahaya mata, jangan bersedih dan jangan pernah berhenti berdoa serta ikhtiar.

“Pesanan buat diri dan semua.

“Anak amanah yang berat. Jika kita memiliki namun kita tidak mendidiknya ke arah Islam, maka tiada gunanya. Dan itulah hakikat mandul yang sebenar.

“Doakan kami, moga kita semua menjadi insan yang bertaqwa aamiin,” kongsinya.

Terdahulu, pasangan ini pernah sama-sama bekerjasama dalam drama Elly & Epit di saluran Astro Ceria.

Mereka diijabkabulakan pada 15 Jun 2019 di  Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih.

Foto : Instagram Dayana, Hadi Mazlan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Beberapa Bulan Saja Lagi, Berdebar Rasanya,”- 6 Bulan Kahwin, Dayana & Hadi Mazlan Bakal Timang Anak Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*