Boo Hat3rs! Fenomena Kampung People, Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Pembawa Watak ‘Lailer’, Riena Diana

Fenomena drama Kampung People memang luar biasa apabila mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penonton

Hanya berbaki satu episod sebelum melabuhkan tirai hari ini, rata-rata penonton tidak sabar menantikan pengakhiran cerita tersebut.

Kampung People dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah, Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan ramai lagi.

Watak Riena sebagai Laila menjadi sebutan ramai orang apabila berjaya membawa watak gadis ‘bimbo’ dengan slang Inggeris ala King Coco.

Ini lima fakta menarik tentang Riena yang patut anda tahu:

1. Pemalu

Orang yang tidak mengenali akan beranggapan dirinya seorang yang sombong. Namun hakikatnya, Riena pemalu serta tidak pandai bergaul.

Bila berada di set penggambaran atau di kalangan orang yang dikenali, Riena akan menjadi seorang yang suka bercakap dan peramah. 

2. Masih Tidur Dengan Nenek

Walaupun sudah berusia 22 tahun, Riena akan tidur dengan neneknya setiap hari.

Kata Riena, dirinya tidak boleh tidur tanpa nenek di sisi. 

3. Suka Kucing

Riena seorang yang penyayang terhadap haiwan terutamanya kucing. Di rumah, Riena mempunyai 10 ekor kucing yang dipelihara.

4. Seorang ‘Simple’ 

Riena seorang yang tidak pandai bergaya. Pemilik nama Nur Qamarina Diana ini lebih selesa menggayakan jeans dengan t-shirt sebagai pakaian harian.

5. Suka Makan

Walaupun mempunyai sosok badan yang kecil, Riena sebenarnya seorang yang kuat makan.

Riena pernah pergi ke Pulau Pinang semata-mata untuk makan nasi kandar dan kembali semula ke Kuala Lumpur.

Mula bersiaran pada 11 Disember 2019, drama 13 episod ini tidak pernah membuat penonton kering gusi apabila menontonnya.

Malah, kejayaan Kampung People ini telah dibuktikan apabila sering ‘trending’ di laman Twitter ketika drama tersebut ditayangkan. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Boo Hat3rs! Fenomena Kampung People, Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Pembawa Watak ‘Lailer’, Riena Diana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*